Salam Warga Blog, Warga GF..
Liplapliplap, dah aktiviti ke-5 geng Fiqra anjurkan. Terima Kasih kepada Admin yang begitu sabar melayan karenah kami semua. Terima kasih kepada kawan-kawan juga.
Kali ni GF anjurkan aktiviti "AKU DAN LAGU"
Klik Banner Untuk Join ye Sayam semua.
INILAH STORY NYA
Semua orang ada cerita tersendiri disebalik lirik-lirik lagu kan.?
Begitu juga cunndaa..
Tapi Cerita Cunndaa tidak menarik dan tidak akan buat anda tertarik.
Tapi ini lah realiti Cerita Cunndaa.
Diantara banyak-banyak lagu,
ini lah lagu yang Memberi Maksud Yang Mendalam Kepada Cunndaa.
Pernah menangis dengan bait-bait ayat dalam lagu ni.
Sangat tersentuh.
Inilah lagu yang dimaksudkan disebalik cerita yang cunndaa sampaikan diatas tu.
Dipondok kecil di pantai ombak
Berbuih putih beralun-alun
Disuatu hari ayah berkata
Jaga adik mu ayahkan pergi jauh
Ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
Air mata mengalir hatiku pilu
Diam-diamlah sayang jangan menangis
Doakan ayah semoga diterima
Diam adik ku sayang jangan menangis
Andai ayah gugur doakan dia syahid
Selamat berjuangan ayah tercinta
Kau pergi dulu ayah ke medan juang
Ku iringi doa moga berjaya
Beroleh kemenangan demi agama Islam
Wahai abang ku kemana Ayah
Ayah ku sayang ayah ku cinta ayah
Ayah ku sayang ayah ku cinta ayah
Duhai adik ku sayang jangan bersedih
Ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
Tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
Berjuangan dan berkorban walau dimana jua
Pada Mu Tuhan aku bermohon
Dosa ayah ku minta diampunkan
Berilah rahmat bantulah dia
Untuk menegakkan agama Islam
ITULAH STORY & LAGU CUNNDAA
Sedihkan, semasa berumur 6 tahun, cunndaa sudah kehilangan orang yang paling cunndaa sayang
dan orang yang penting sekali dalam hidup.
NAMUN....
Cunndaa beruntung kerana ada Ibu yang baik.solehah,dan bertanggungjawab.
Terima Kasih semua yang sudi menghabiskan masa membaca entry cunndaa ^^
Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua