Showing posts with label Segmen. Show all posts
Showing posts with label Segmen. Show all posts
4

SEGMEN : Fathiah Tak Jumpa Blog

Sementara masih berkesempatan, cunndaa tertarik untuk join SEGMEN yang dianjurkan oleh Fathiah (FA) iaitu SEGMEN : Fathiah Tak Jumpa Blog.

Tarikh Tutup Penyertaan pada 11.11.2011 sebelum Jam 12 Malam.

Jum ramai-ramai join segmen ni..

Berbaloi-baloi..

Klik Banner untuk join.

Cunndaa tag kepada semua

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

5

SEGMEN : saya nak pasang BACKGROUND SHOUT yang comel

Cunndaa tertarik untuk join segmen yang dianjurkan oleh Shida. Memandangkan shout cunndaa agak simple kerana belum berkesempatan untuk edit tang Shout..Jadi pucuk dicita ulam mendatang.. Alang-alang Shida buat segmen, join sajalah.. Sebab shida siap pasang lagi...

Cunndaa nak shout biasa saja yang dipasang kat sidebar..
BG shout pun cunndaa tak kisah asalkan shida rasa sesuai dengan blog cunndaa..

TETAPI SHOUT seperti cunndaa tu agak-agak boleh tak pakai BG??

Jum ramai-ramai kita pakat join segmen Shida.. Bagi sesiapa yang BELUM PANDAI untuk pasang BG SHOUT yang comel, anda dialu-alukan untuk menyertai segmen yang dianjurkan oleh Shida ni.. Sangat berbaloi-baloi kan...

Cunndaa tag kepada semua yang BERMINAT tak kira blogger otai, blogger petai or newbie..

Tq.

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

7

PERLU KE KOMEN ENTRY YANG JOIN SEGMEN KITA | SEGMEN CIKGUMUZIK

-Klik Banner if nak join-

Segmen ni dianjurkan oleh CikguWanMuzik. Cunndaa memang tertarik dengan Segmen ni kerana pelbagai pendapat antara blogger yang kita boleh kongsikan bersama pada Satu Persoalan iaitu 
"PERLU KE KOMEN ENTRY YANG JOIN SEGMEN ?"


Jawapan Cunndaa : PERLU


Kenapa Cunndaa mengatakan PERLU?
Kerana bagi cunndaa, tak salah sekiranya sambil membaca entry yang join segmen kita tu dan kita drop komen sepatah dua. 
Bukannya penganjur segmen komen macam tulis essay SPM..
juz say "thanks" pun dah kira ok dah.


Oh macam tu yer, Kalau yang join segmen kita tu sampai 100 blogger keatas, perlu jugak ker?
Tetap perlu, sambil menyelam minum air, sambil terjah sambil komen.
Tak salah kan, dia dah susah payah sampai berpeluh ketiak perah idea semata-mata nak join segmen kita, tetiba kita pandang sebelah mata je kat entry dia..
Dia dah support segmen kita, so say thanks pun dah kira oke..


Sila baca laju-laju ayat dalam banner segmen ni...
"PERLU KOMEN ENTRY YANG JOIN SEGMEN" 
so, dats why jawapan cunndaa PERLU. kekekeee...jgn marah CikguWan

Kesimpulannya : PERLU..

thats all. tenkiu cekguwan sebab buat segmen ni... 


Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

24

Cikgu Wan Blogger Gila | Segmen SEO.


" CUNNDAA JOIN SEGMEN CUBA-CUBA SEO ANJURAN WANCIKGUMUZIK BLOGGER GILA DAN DAPAT HADIAH HEADER VERSI RAMADHAN DARI CIKGU WAN BLOGGER GILA TUUHH....!!
KLIK SINI KALAU NAK JOIN. "


Semalam dah HOT cerita pasal CIKGU WAN MUZIK ni sebagai  Cikgu Wan Muzik GAY
Hari ni meletup pulak mengenai CIKGU WAN BLOGGER GILA... Betul ke yang yang Cikgu Wan Muzik ni merupakan Cikgu Wan Blogger Gila..


Nak Tahu kesahihannya, Sila TERJAH blog Cikgu Wan Blogger Gila nie, dan anda akan tahu samada Cikgu Wan Blogger Gila atau anda yang Gila bila pergi blog dia...


Header Blog Cikgu Wan Blogger Gila baru tukar tuu beb....
Amacam, ada rasa-rasa dah nak sambut bulan Ramadhan dah kan??

Cunndaa memang Kamceng dengan Cikgu Wan Blogger Gila ni dah lama dah, semenjak kami mula-mula berjinak dalam bidang blog lagi..
Masa tu Cikgu Wan Blogger Gila datang shout kat tempat Cunndaa dan Cunndaa dengan lenggang lenggok ala-ala cat walk pergi terjah blog Cikgu Wan Blogger Gila dengan kelajuan yang semaksimum pantas.

Ingat lagi detik-detik perkenalan, bibit-bibit perhubungan (ceewahhhh) antara Cunndaa dengan Cikgu Wan Blogger Gila ni. Kami sama-sama nak tikam nombor follower yang cantik.. Cunndaa nak jadi follower yang ke-500 blog Cikgu Wan Blogger Gila ni, tapi terlajak perahu yang dah tak boleh nak u-turn...
Samala jugak dengan Cikgu Wan Blogger Gila ni, nak tikam nombor cantikk kat follower Cunndaa tapi terlepas jugak...

Hari ke Hari cunndaa dan Cikgu Wan Blogger Gila makin rapat, selalu bertembung time blogjoging, blogwalking,blogdreaming dan blogchating..
Dimana-mana aje ade je si Cikgu Wan Blogger Gila ni...

INI BERMAKNA, BELIAU SEORANG BLOGGER YANG AKTIF.

Mana kenyataan yang mengatakan Cikgu Wan Muzik ni sebagai Cikgu Wan Blogger GILA??
Yang tu cunndaa tak boleh nak bagi Definisi yang tepat..
Cikgu Wan Blogger Gila Seks....???

PENDAPAT CUNNDAA :
"Perkongsian Tentang gambar-gambar yang berunsur 18sx di blog CIKGU WAN BLOGGER GILA tak semestinya Cikgu Wan Blogger Gila SEKS. "

Blogger lain yang datang terjah ke  Blog Cikgu Wan Blogger Gila dan skodeng gambar-gambar tersebut, print dan duk tilik sampai naik stim tu yang GILA SEKS agaknya....

By the way, Cunndaa kenal Wife Cikgu Wan Blogger Gila nie..
so, Cikgu Wan, jangan macam-macam dengan blogger lain ye...
Kang repot kat bini kang....kekekeee...

Sekian dahulu entry Cunndaa mengenai Cikgu Wan Blogger Gila nie..
Diulang....
Titik



Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

21

Segmen | Selamat Hari Bapa

KLIK BANNER UNTUK JOIN
Terima Kasih CIKGU WAN sebab invite Cunndaa untuk join segmen Cikgu sempena Hari Bapa pada 19 Jun 2011.


Terima Kasih Abah diatas kasih sayang yang abah beri.
Walau seketika cuma kita bersama,
Namun Abah tetap dihati kami selamanya.
Sudah 19 tahun Abah pergi meninggalkan semua.
Walau tak rela, tapi itulah Janji ALLAH untuk hambanya.
Usia 6 tahun pada masa itu sudah cukup mengerti Abah sudah tiada.
Hanya Airmata peneman setia, 
Jika rindu ketat didada.
Doa tak putus kupohon untuk Abah disana
Agar ditempatkan dikalangan orang yang bertaqwa.
Masa pantas berlari, sedar tak sedar kami sudah dewasa..
Tapi Kasih sayang Abah masih kami rasai
Seperti baru semalam Abah tinggalkan Kami.
Al-Fatihah.
Dipondok kecil dipantai ombak
Berbuih putih, beralun alun

disuatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu

diam-diamlah sayang jangan menangis
doakan ayah semoga diterima

diam adik ku sayang jangan menangis
andai ayah gugur doakan dia syahid
selamat berjuangan ayah tercinta
kau pergi dulu ayah ke medan juang
ku iringi doa moga berjaya
beroleh kemenangan demi agama Islam

wahai abang ku kemana ayah
ku sayang ayah ku cinta ayah 
duhai adik ku sayang jangan bersedih
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
berjuangan dan berkorban walau dimana jua

pada Mu Tuhan aku bermohon
dosa ayah ku minta diampunkan
berilah rahmat bantulah dia
untuk menegakkan agama Islam


SELAMAT HARI BAPA KEPADA SEMUA ABAH, AYAH, PAPA, DEDI, ABI DI SELURUH PELUSUK DUNIA.
KEPADA SESIAPA YANG BERUNTUNG, MASIH MEMPUNYAI AYAH, JAGALAH AYAH ANDA DENGAN SEBAIKNYA...
AYAH TIADA GANTI, YANG SELALU BERTAKHTA DIHATI..


Everyday is family day's
Sekian,

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

12

Segmen Bloglist Abang TeroR : Tanah Tumpah Darahku... special versi Cunndaa

Salam sayang untuk semua..
Before taip entry laju-laju..cunndaa jamu mata korang dengan picture kat bawah ni ye...
Sila skodeng sampai juling mata..
law tak nampak, sila klik untuk tumbesaran tak pun sila tukar laptop baru..wakakaa..
Tak perlu hafal pun nama sorang-sorang...cunndaa idok mau itu....
Cunndaa mau dalim-dalim semua teropong nama cunndaa jee.....

------> BLOGGER KELANTAN tuuu.... <------
cer teka kat mana cunndaa curik picture tuuu.....
kalau dapat jawab dengan betul, sila la join skali...
(sambil pomot...) kalau tak tahu, sila TERJAH SINI.

Yang pelik bin ajaib, musykin binti hairan nya...................................
Cunndaa baru je nak join bloglist abg teror ni.. 
Tapi kenapa sebelum join nama Cunndaa dah ada...
Wowwww.... TERASA DIRIKU BEGITU BERHARGA.... kikikiki
peace..senyum hepi sebab special..wakakkaaa

SILA KEMBALI KE PANGKAL JALAN....
DENGAN MENJAWAB SEMUA SOALAN.....
DIMANA ANDA DILAHIRKAN ?

Dinegeri KELANTAN DARUL NAIM.
DIMANA ANDA  DIBESARKAN ?

Di negeri CIK SITI WAN KEMBANG.
NEGERI PILIHAN UNTUK DIMASUKKAN DALAM BLOGLIST ?

KELANTAN.

Awal-awal lagi abg dah masukkan....
hehehee...tenkiu..
CERITAKAN SEDIKIT MENGAPA MEMILIH NEGERI TERSEBUT ?

Sebab Negeri Kelantan adalah negeri Tanah Tumpah Darahku... 

*ayat macam lirik lagu Kelantan la pulak...*
dan sebagainya...hahahaaa...*ayat taip n3 sedang ngntuk*
 Sekian,

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

7

Menjawab Soalan Dalimku yang Cute

Salam, 

Dengan ini mengumumkan bahawa diri cunndaa sangat bertuah....

wakakkakaa...TAHNIAH..TAHNIAH...

bertuah laaaaa sangatkan....
Amek ko kena jawab soklan.....muaaahhhaaaa...

Okey...okey...soalan ni di tag oleh My Dalim yang cute, cun dan lawa...
sila terjah blog beliau Sharifah Zakiah...

Berpeluh laaa ketiak cunndaa nak menjawabnye...kehkehkeh
 5  TARIKH PENTING

✿ 26 Mac - Tarikh cunndaa lahir melihat dunia ciptaan ALLAH swt
✿ 02 Okt - Tarikh lahir mama cunndaa
✿ 27 Julai - Tarikh arwah abah mengadap Ilahi (Al-fatihah)
✿ 21 Feb - Tarikh lahir Encik "B"
✿ 13 Okt - Tarikh Encik B bagi ayat-ayat cinta....
5 PERKARA YANG DIBUAT SEMALAM

✿ Hantar mama pegi bank
✿ Jadi chef kat umah, masak mee goreng special.....best woooo
✿ Mesej ngn Encik B sampai lebam jari..
✿ Tengok TV cite NORA ELINA
✿ Korek Hidung...wakkakaaaa
5 PERKARA YANG BUAT CUNNDAA HAPPY

✿ Sekarang Cunndaa kat umah kan duk tanam anggur, 
Paling buat Cunndaa hepy, Setiap Pagi mama akan tanya Cunndaa, Nak makan ape hari ni....? Auhhh....setiap hari maa cunndaa nak masak special2 tuk cunndaa...
✿ Jiran Sebelah rumah cunndaa cakap cunndaa gemooookk sikit skrg...
yuhuuuuu...hepiiii wooo...
sebabnye orang asik kate cunndaa ni kecik je...
✿ Apa yang Cunndaa nak, Family esp Mama cunndaa akan tunaikan..time kasih mama
✿ Tak lama lagi Cunndaa nak KONVO....hadiah kejayaan yang paling bermakna tuk mama.
✿ Encik B sentiasa ada disaat hepy dan sedih.....walau jauh dimata, tapi dekat di hati...lebiu B
5 SEBAB JAWAB SOALAN

✿ Sebab tengah bosan...
✿ Blogger Cunn yang tag...kehkehkeh
✿ Soalan tak meleret...simple
✿ Cunndaa tak perlu perah otak utk jawab soalan...muahahaaa
✿ Sama Seperti Diatas..
Blogger yang ditag.
✿ Cunndaa tag semua yang terasa nak menjawab soalan nie...terbukaa....-

Sekian, 

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

5

Blogger Lelaki VS Blogger Perempuan

Salam, 
( Sila klik banner jika dalim semua nak join okeee )

Petang ni dengan rasa malu-malu meow nya nak menjawab soalan abang Ben yang berbunyi :

" SETUJUKAH ANDA BAHAWA WANG HANTARAN PERKAHWINAN DISEDIAKAN 100% OLEH PIHAK PENGANTIN LELAKI ? "

Omaiigod.... 
Soklan abang ben sangat bernas..Cunndaa kena perah otak untuk menjawabnya..
Jawapan Cunndaa :
TIDAK SETUJU.
Kenapa Cunndaa Tidak Setuju ?
Perkahwinan adalah ikatan suci yang terbentuk antara lelaki dan perempuan .
Bahasa yang lebih lembut lagi ialah perkahwinan merupakan perkongsian hidup lelaki dan perempuan. 
Masing-masing mempunyai tanggung jawab dalam mendirikan rumah tangga mereka.
Dah namanya perkongsian hidup, 
Jadi tak salah sekiranya wang hantaran juga dikongsi bersama antara pasangan.
Al-maklum lah zaman sekarang ni, Wang hantaran bukan lagi nak sebaldi hati nyamuk, sedulang hati belalang...
mau 10 ribu serba satu...
Aiyoooo mati berdiri la si lelaki kalau hantaran melambung tinggi.
So, bincang elok-elok dengan pasangan dan tak salah kalau share dengan bakal pengantin perempuan.
Point Utama, BERBINCANG dan BERTOLAK ANSUR..
btw, Selamat Pengantin Baru kepada Bakal pengantin baru yang nak kawen cuti sekolah yang bakal tiba Bulan Jun nie..
cikidauuutt....

Sekian,

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

10

SEGMEN : BEN ASHAARI SOAL CINTA


Sila klik banner if mahu join..tengS

Salam to all of u..


Fuhhh....neves.neves..neves.. 1st time join segmen Abg Ben. Segmen kali ni memang menarik minat Cunndaa untuk berentap tentang cinta..


Mau berpeluh ketiak nak jawab soklan-soklan femes emes dari abg Ben ni..Soklannye memang cepu dan emas betul lah...


✿ LELAKI PILIHAN ?
Of coz la yang beriman...bukan namanya Nur Iman okey...tapi yang ada latar belakang agama. Ciri-Ciri seperti Penyayang, Hormat Orang Tua dan cunndaa titik beratkan Lelaki yang memahami Cunndaa serta tidak mengongkong. Cunndaa tahu ciri-ciri ni ada pada BF Cunndaa sekarang. Oppsss terbagi tahu la pulak dah ade BF...kwangkwangkwang...terasa diriku sangat laa berharga...kikiki


✿ PERLUKAH LELAKI SEKSI? DEFINISI SEKSI SEORANG LELAKI ?
Tak perlu kot....( fuh bagi jawapan seketul je, bajet artis betuii la hang nie...)


Seksi seorang lelaki bergantung pada individu yang menilai. Ada orang menilai, Lelaki seksi dari sudut body, cara pertuturan dan ade juga yang mengganggap lelaki seksi pada renungan...Bagi Cunndaa, seksinya seorang lelaki tu bila die pakai baju ketat-ketat...baju adik die....seksi kan..seksi kan?? Bukan gurl je taw boleh pakai baju adik, boy pun pakai zaman skrg ni.... kehkehkehkeh
Auwwww...skemanya jawapan Cunndaa.... -Cunndaa et al 2011-


✿ LELAKI PASTINYA SANGGUP BERKORBAN DEMI CINTA.. APAKAH ANDA RASA LELAKI HANYA BERKORBAN SEBELUM MEMILIKI CINTA? APA JADI SELEPAS DAH MILIKI CINTA?
Mak aih...panjang nye soklan abg ben....
Ok..Ok..Ok...bagi Cunndaa 2 saat ye, nak termenung sat...
Ape ea jawapan yang sesuai...


Kalau Lelaki tu betul2 sayang kat awek dia, dia akan berkorban demi cinta..Tapi kalau dia sayang ala-ala pijak semut pun tak mati, of coz la die buat don't know je law awek die ade masalah.
Jika dia sayang kita dengan sepenuh hati, seikhlas jiwa raga.. InsyaALLAH, sebelum dan selepas memiliki, dia akan jaga kita sebaik mungkin.


✿ PASTINYA ANDA TIDAK SANGGUP BERMADU ? KENAPA?
Why...Why..Why....
1. Sebab Cunndaa memang tak boleh nak berkongsi kasih sayang dengan gurl lain.
2. Cunndaa takut dia sayang Cunndaa lebih..tak ke, kesian dekat madu sorang lagi tu... =)
3. itu sahaja... (sama seperti di atas) hahhahaaa.


✿ JIKA ANDA MENGETAHUI PASANGAN ANDA MEMPUNYAI TEMAN WANITA LAIN, APAKAH YANG ANDA AKAN LAKUKAN?
Tak marah pun....Berbincang elok-elok dengan dia dan tanya sape gurl tu...
Lastly akan buat keputusan bersama samada pilih dia or pilih Cunndaa... harussslaaaa pilih i kan....
hahhahaaa...mengade je kan jawapan....


✿ LELAKI ATAU PEREMPUAN MUDAH BERLAKU CURANG?
Bergantung pada situasi dan keadaan..
Jika ada lelaki mengayat  gurl  dan jika gurl tu layan...haruslaaaa gurl tu dipersalahkan kerana menduatigakan bf nya.. Jika tak melayan macam i ni, yang shy2 cat..... maknanya tak curang la....
aduuusss...asik i je, nape tak bagi contoh orang lain ni.... ??


Jika lelaki pula yang kuat melayan, lagi terang lagi bersuluh lelaki tu yang miang...


Overall nya, LELAKI kot yang mudah berlaku curang....
maap...maap..maap...pada semua lelaki disana, bukan anda ye, lelaki lain ni contoh cunndaa... =)


✿ SETIA.. PADA PENDAPAT ANDA. SIAPA LEBIH SETIA PADA CINTA? APA BUKTINYA..?
Excuse me...Izinkah Cunndaa gelak sekejap ye sebab jawapan ni memang tak leh blah...poyo je kan..hahahhahahaa...ok.TITIK
Harussss laa bila gurl jawab soklan, mesti gurl akan mengatakan PEREMPUAN yang setia berbanding lelaki... 


Dalam perhubungan Cunndaa dan si Encik ni, buat masa ni, Cunndaa dan Encik Azary yang setia.. dua-dua setia.
Buktinya.. Kami still di alam fana cintaa... auw..malu nya terbagi tahu lagi sekali.....


✿ APAKAH ANDA MUDAH CEMBURU?
Kadang-kadang
Jarang-jarang
Sekali-sekala..


Thats All...tengkiu for reading,


Sekian,

    Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    TENKIU DAUN KELADI, JEMPUT DATANG LAGI
    PUSH >