40

Kisah Nenek Bermain FACEBOOK

Cucu : Nenek !!... nenek !!.. cepat naik, mak panggil.

Nenek : Kenapa cu..?

Cucu : Mak kata atuk jatuh dalam bilik air...tak sedarkan diri.. Atuk dah tak ada nek.. Atuk dah meninggal.

Nenek : Astagfirullahal azim.... Innalillahiwainna ilaihirojiu'un...

...Nenek masih lagi termenung seketika....

Cucu : Cepat la nek.... semua dah berkumpul kat atas rumah ni nek..

Nenek : Ye lah, nenek nak naik dah ni... Eh tapi kejap. Nenek nak pinjam henfon kamu sekejap boleh?

Cucu : Boleh nek,TAPI.......... nenek nak call sape?

Nenek : Nenek tak nak tepon sape-sape pun cu, Nenek nak buka FACEBOOK kejap..

ApekenadenganNENEKakunie....buang tebiat ke haperr....

Cucu : Alahai nenek, kenapa nak buka facebook time-time macam ni...?

Nenek : Nenek nak tukar STATUS kat facebook tu, dari MARRIED ke WIDOWED..  kan atuk kamu dah tak ade..

Cunndaa : motif nenek ni....hahahhaaaa...


Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

19

Lu Pikir La Sendiri

WIKIPEDIA : Aku tahu semuanya.

FACEBOOK : Aku pula kenal dengan semua orang.

FRIENDSTER : A'aa, semua kenalan aku kau curi!

MYSPACE : Kami musuh anda wahai Facebook!

TWITTER : Takpe Facebook, aku back-up kau..

GOOGLE : DIAMMM!! Aku ada semuanya.

MOZILA : Eh, tanpa aku, korang tidak boleh diakses.

IE : Wei Mozilla, sendrik mau ingat ha…gua kan ada..!

MOZILA : Lu pehal? Kacau line orang jer!

IE : Lu dulu la mamat, mengaku lu sorang jer boleh akses pada diaorang tadi!!

INTERNET : Sudah!!! … jangan gaduh-gaduh ! Kalau aku takde, korang lagi la takde..! Power tak aku?

FACEBOOK : Hmmm, akulah yang paling ramai di kunjungi. Jadi gua yang terbaekkkkk..!!!

YAHOO : Facebook, jangan riyak. Kalau aku takde, mana boleh buat email!

GOOGLE : Yahoo, Gua kan boleh buat email gak!

MAXIS, CELCOM, TMNET : (serentak) Ehem! Lu org ingat kami ni kayu?

TNB : Diamlah korang, nanti aku matikan elektrik.. baru korang tau siapa paling power!

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

24

WW Cinta Bertepuk Sebelah Tangan


Cunndaa difahamkan bahawa Kanak-kanak ribena yang menulis surat cinta ini
Baru Darjah Dua..

Picture dicilok dari ihsan Muka Buku

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

13

ShoutMix Melabuh Tirai, Selamat Datang Cbox


 Yang  patah tumbuh, yang hilang berganti...
Begitu juga dengan shoutmix ni...
Bakal meninggalkan kita semua yang tak mampu untuk membayarnya..

Jum lerrr kita bertukar kepada cbox.
Tak kenal maka tak cinta.
……..@*@*
….@*……..@* …………………………@*
..@*……………@* ………………@*……..@*
.@*……………….@*……….@*……………..@*
@*…………………..@*…@*………………….@*
@*………………………*……………………..@*
.@*…………………………………………….@*
..@*………………………………………..@*
….@*…………………………………..@*
……..@*…………………………..@*
………..@*……………………@*
…………….@*…………..@*
……………….@*……@*
………………….*..@*
……………………@
……………………*
……………………@
……………………


Cunndaa yakin, semua orang tak suka dengan cbox kan?
Begitu juga cunndaa..
Naik lenguh tangan ni duk taip satu-satu time BW
tapi nak buat macam mana...
Kena la gigih jugak deknon oii

Jum bertukar semua..
Inilah gayanya Cbox baru cunndaa..
Ringankanlah jejari runcing menaip kat situ ye


Nak manfaatkan Shoutmix hingga ke nafas terakhir...
◕ ‿ ◕


Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

10

Pasir dan Batu



Kisah ini menceritakan tentang 2 sahabat yang berjalan melintas gurun pasir.
Ketika dalam perjalanan itu mereka mula brtengkar.

Si A menampar pipi sahabatnya iaitu B
B sangat terluka dengan perlakuan A yang sanggup menampar pipinya.
Namun tiada sepatah kata pun yang terkeluar dari bibir manisnya
Kemudian dia menulis di pasir: "Hari ini sahabat baikku menampar wajahku"


Mereka meneruskan perjalanan sampai ke sebuah tempat di mana mereka memutuskan untuk berehat dan mandi. 
Tiba-tiba A terjatuh di pasir jerlus dan mula tenggelam, 
tetapi sahabatnya B berjaya menyelamatkannya.
Setelah keadaan kembali pulih, 
lalu B mengukir kalimat di sebuah batu: "Hari ini sahabat baikku A dapat diselamatkan". 


A terus bertanya: " Semasa aku menampar pipi kamu, kamu menulis di pasir, dan sekarang kamu menulis di batu pula,kenapa begitu?" 


B pula menjawab: "ketika seseorg menyakiti hati kita, kita harus menulisnya di pasir supaya angin dapat meniupnya serta melenyapkannya tanpa kesan, tapi disaat kebaikan yang terlukis, kita harus mengukirnya di batu supaya tidak ada satu angin pun bisa menghapuskan ingatan indah itu." 


Moral : Belajarlah untuk menulis kepedihanmu di 'pasir' dan mengukir kenangan indah mu di 'batu'

Orang yang bijak berkata memerlukan waktu 1 minit untuk menemukan seseorg yg istimewa, 
1 jam untuk menghargainya, 
1 hari untuk menyukai dan mengasihinya...
TETAPI memerlukan seumur hidup untuk melupakannya...

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

28

Cerita disebalik SMS | SMS 18SX

Ketika ayah sudah siap sarapan, tiba-tiba satu sms berbunyi di meja makan. 


Barulah si ayah sedar yang anaknya lupa membawa henfon ke sekolah. 


Ayah membaca sms yang dikirim oleh seseorang yg tak bernama.


Alangkah terkejutnya ayah bila membaca sms yg tertulis lebih kurang begini.

" Hai sayang selamat pagi. Kenapa tak datang rumah baby semalam?
Baby tertunggu-tungu sayang datang tau. 
Terus terang baby cakap, baby tak boleh lupakan saat-saat manis bersama malam dulu. 
Sangat besttt !
Oh ye, malam ni line clear, sayang boleh datang kerumah baby... 
X sabar nk tunggu sayang. Jangan lupa bawa kondom... ''


Ayah tergamam, lalu memanggil isterinya..


'Cuba kau tengok sms ni, tak tau apa nk jadi dgn anak kita ni!' 


Ibu seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dibacanya... 


Dan  hampir pengsan membaca sms itu.

Setelah anak pulang dari sekolah, si ayah terus menerpa anaknya.



Ayah : kau nak ke mana malam ni?

Anak : kerumah kawan, kami belajar sama. Exam kan dah nk dekat


Ayah : apa maksud sms ni?  ayah membentak.


Anak : lar... Ni kan sim kad ayah... Henfon ayah kan rosak. Semalam ayah sendiri tukarkan simcard ayah dalam henfon ni sebab nak tunggu sms penting' ~ jawab si anak selamber ~



Si ayah terus lari apabila dikejar oleh si Ibu.


Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

17

KANAK-KANAK ISTIMEWA

Diwajahnya terlukis keriangan bila diraikan..

Kakak ni dalam 30-an..

Najmi merupakan kanak-kanak Sindrom Down.

Yen Yen yang Sangat kelakar serta menghiburkan.

Kanak-kanak berkeperluan khas sangat istimewa..
Segelintir masyarakat takut untuk mendekati mereka..
Kenapa?? Mengapa..??
Jawapannya ada pada diri sendiri.

Mereka tidak pernah bersalah
Mereka juga insan biasa seperti kita
Yang punya hati dan perasaan
Yang ingin dibelai dan dimanja
Kerana mereka berhak bahagia dan gembira

Walau apa pun fizikal mereka..
Jangan sesekali sisihkannya..

Mereka adalah anak syurga

Yang tiada dosa.

Rindunye nak buat program lagi.....

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

17

Story Aku & Lagu

Salam Warga Blog, Warga GF..
Liplapliplap, dah aktiviti ke-5 geng Fiqra anjurkan. Terima Kasih kepada Admin yang begitu sabar melayan karenah kami semua. Terima kasih kepada kawan-kawan juga.

Kali ni GF anjurkan aktiviti "AKU DAN LAGU" 
Klik Banner Untuk Join ye Sayam semua.



INILAH STORY NYA








Semua orang ada cerita tersendiri disebalik lirik-lirik lagu kan.? 
Begitu juga cunndaa.. 
Tapi Cerita Cunndaa tidak menarik dan tidak akan buat anda tertarik. 
Tapi ini lah realiti Cerita Cunndaa.

Diantara banyak-banyak lagu, 
ini lah lagu yang Memberi Maksud Yang Mendalam Kepada Cunndaa. 

Pernah menangis dengan bait-bait ayat dalam lagu ni.
Sangat tersentuh.

 Inilah lagu yang dimaksudkan disebalik cerita yang cunndaa sampaikan diatas tu.

 Lagu : DIPONDOK KECIL
Oleh :  NADAMURNI


Dipondok kecil di pantai ombak

Berbuih putih beralun-alun



Disuatu hari ayah berkata

Jaga adik mu ayahkan pergi jauh

Ku pandang wajah ayah dahinya ku cium

Air mata mengalir hatiku pilu



Diam-diamlah sayang jangan menangis 

Doakan ayah semoga diterima

Diam adik ku sayang jangan menangis

Andai ayah gugur doakan dia syahid

Selamat berjuangan ayah tercinta

Kau pergi dulu ayah ke medan juang

Ku iringi doa moga berjaya

Beroleh kemenangan demi agama Islam



Wahai abang ku kemana Ayah

Ayah ku sayang ayah ku cinta ayah

Ayah ku sayang ayah ku cinta ayah



Duhai adik ku sayang jangan bersedih 

Ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi

Tapi ingatlah adik ku pesanan ayah

Berjuangan dan berkorban walau dimana jua



Pada Mu Tuhan aku bermohon 

Dosa ayah ku minta diampunkan

Berilah rahmat bantulah dia 
Untuk menegakkan agama Islam
ITULAH STORY & LAGU CUNNDAA

Sedihkan, semasa berumur 6 tahun, cunndaa sudah kehilangan orang yang  paling cunndaa sayang
 dan orang yang penting sekali dalam hidup.

NAMUN....
Cunndaa beruntung kerana ada Ibu yang baik.solehah,dan bertanggungjawab.

Terima Kasih semua yang sudi menghabiskan masa membaca entry cunndaa ^^

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

14

Nuffnang Baik Hati | BE ke-17 daripada Dumex Dugro

Terima Kasih cunndaa ucapkan kepada Nuffnang kerana baik hati dengan cunndaa. Dah lama cunndaa tak berblog secara aktif sekarang ni. Buka blog hanya sekadar join segmen dan kadang-kadang hanya balas jejak rakan-rakan yang menyinggah. Kalau cunndaa tak shout ataupun tak komen, cunndaa mintak maaf sebab line ni bermasalah. tapi cunndaa tetap singgah di blog anda.

Lepas ni nak berhijrah dah. Dah merajuk dengan broadband MAXIS ni. Tapi gaya hidup nomad macam cunndaa ni susah kalau tak pakai berukbang..sebab berukbang senang dibawa kesana kesini..sabarrrr jelahhh..

Kalau hujan, line tak payah  cakap lah.. Teramat amat amat dan amat slow.. Slow and steady katenyee.. tapi dah naik muak menunggu loading..

NAMUN.. Encik Nuffnang tetap SAYANG cunndaa kan kan kan... 
Tanpa sedar, cunndaa dapat BE daripada Nuffnang.
  BE yang ke-17..
 Baru ke 17 . 
Orang lain dah dapat BE yang ke 177 dah agaknye..

Kalau nampak Iklan ni duk berjoget kat Blog Cunndaa, 
jangan jeling-jeling je taw..
Klik la sekali... 
Mekasim cayam.


Wahhhhhh..... Tak sangka, dah lama BE DUMEX DUGRO ni running.... 
Gracias Encing Nuffnang Sayam.
Lain Kali Bagi lagi...

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

21

Saya Ada Bakat Terpendam..hehe

Salam kepada semua warga blog terutama sekali kepada geng FiQ'Ra.
Kali ni cunndaa join aktiviti ke-4 daripada geng ni.
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Ni blogger card cunndaa

Nak tahu apa bakat terpendam cunndaa??
 Jum skodeng gambar kat bawah ni untuk mengetahui apa bakat terpendam cunndaa..

====
====
====
====
====
====
====
====
======
====
===
==
=

 Jeng Jeng Jeng...
Ini lah bakat terpendam dan  bakat TERENDAM cunndaa..

MENJAHIT MANIK, LABUCI, MUTIARA dan sewaktu dengannya..
Ni cunndaa jahit baju cunndaa dan baju adik cunndaa sendiri. Chibie

Selain daripada tu, cunndaa ada ajar adik cunndaa dan kawan cara nak menjahit manik ni..
ALHAMDULILLAH... mereka berjaya..

buktinya :
Wahhhh gitewww.... 
cunndaa orang pertama turunkan ilmu menjahit kepada beliau..KATENYA lah...
Debot ni classmate cunndaa masa study kat UKM dulu
Menjahit ni bukan orang perempuan je taw pandai.. 
Orang lelaki jahitannya lebih kemas..
Kebiasaannya lah..


Doakan cunndaa cepat posting ye kawan-kawan ^^, Tengs

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

3

Sesungguhnya AKU RINDU


Kenangan lalu adalah benda yang telah jauh pergi meninggalkan kita.
Namun memori bersama tetap terpahat dihati.


Rindu akan zaman kanak-kanak.
Walau buat salah, tapi tetap dimaafkan
Kerana kita terlalu kecil
Untuk mengerti apa yang betul dan apa yang salah.


Rindu pada zaman sekolah
Tak siap kerja sekolah

Meniru la jawabnya
Orang kata sharing is caring....
Janji kerja sekolah siap..

Rindu zaman belajar kat Universiti
Usia bukan mematangkan kita
Namun pengalaman, persekitaran yang mengajar kita erti kematangan..


Sesungguhnya aku Rindu..
Rindu pada masa lalu yang penuh ceria.

Yang selalu bergelak tawa bersama.

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

9

SOLAT ISTIKHARAH


Dalam Islam, sebelum membuat sebarang keputusan, kita dicadangkan menunaikan solat Istikharah. Solat ini bagi memohon petunjuk dari Allah dalam membuat sesuatu keputusanIstikharah bermaksud 'meminta Allah mengilhamkan sesuatu dalam sesuatu urusan' adalah senjata terbaik untuk membuat pilihan yang tepat.


Solat Istikharah yang dilakukan bukan sahaja  membabitkan pemilihan bakal pasangan, tetapi memohon petunjuk Allah dalam perkara-perkara lain. Solat Istikharah juga membantu kita  memohon petunjuk mengenai perkara yang menimbulkan keraguan dalam membuat sesuatu penentuan atau pilihan dan semoga Allah menunjukkan keputusan yang terbaik. 

Cara melakukan solat Istikharah adalah seperti berikut :


1. Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar jam 2 pagi). Bagaimanapun, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang diharuskan solat contohnya selepas Maghrib.

2. Niatnya 'Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta'ala.'

3. Dalam rakaat pertama selepas surah Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

4. Dalam rakaat kedua selepas surah Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

5. Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan bismillah dan selawat dahulu).

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadMu akan limpah kurniaan-Mu yang besar. 

Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib.

Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan...............) adalah bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya. 

Dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya."(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).

Pesanan :Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai solat istikharah ini dengan bertanya orang yang arif seperti ustaz atau membaca buku yang berkaitan.

sumber : metro ( bimbingan kaunseling remaja)



Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

15

TAHNIAH Untuk Cik Azizah Dan Zulkhairi | Selamat Bertunang Dan Selamat Pengantin Baru



Salam Warga blog... Entry cunndaa ni special untuk Cik Azizah a.k.a Jijah Blogpecut. 
Beliau sudah pun bergelar tunangan kepada Encik Zulkhairi dan sekali gus memegang title isteri kepada beliau kerana 11.12.2011 merupakan tarikh keramat bagi pasangan ini. Acara pertunangan dan Akad nikah dilakukan pada tarikh yang sama..

Selamat Bertunang dan Selamat Pengantin Baru cunndaa ucapkan. Semoga masjid yang dibina diredhai ALLAH swt dan  menjalani hidup berumah tangga dengan bahagia. Semoga semuanya selamat ye..

Sudah bertukar status Jijah kita ni.. Bukan Cik Jijah lagi..Tapi dah Puan Jijah sekarang ni.. Walaupun status kita berbeza, namun persahabatan kita tetap sama seperti dulu sayang.. Walau kita tak pernah bertentang mata, Namun persahabatan kita tidak mengenal warna anak mata..kehkehkeh

Tak sabar nak tengok gambar Puan Jijah dengan suami tercinta, Abang Navy


SELAMAT PENGANTIN BARU SAYANG.. TAHNIAH.
SEMOGA MAJLIS RESEPSI NANTI BERJALAN DENGAN LANCAR

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

6

Dilema

Kalau anda sudah KAHWIN, PERLU ke anda HUBUNGI  bekas kekasih anda??


Kalau anda sudah KAHWIN,  PERLU ke anda  CALL  bekas kekasih anda??


Kalau anda sudah KAHWIN,  PERLU ke anda  MESSAGE bekas kekasih anda kononnye anda RINDU??


Kalau anda sudah KAHWIN, PERLU ke anda  AMBIL TAHU  apa bekas kekasih anda buat sekarang??


Kalau anda sudah KAHWIN, PERLU ke anda BERTANYA KHABAR  bekas kekasih anda melalui orang lain atau dirinya sendiri ??


Kalau anda sudah KAHWIN, PERLU ke anda akan Tanya APA DIA BUAT SEKARANG ??


Kalau anda sudah KAHWIN, PERLU ke anda akan  bertanya samada RINDU anda ke tidak ??


Kalau anda sudah KAHWIN, ADAKAH anda akan  tanya, Dia INGAT  anda ataupun tidak ??


Sebokkkk je kan....
Lempanggggg pipi kananggggg baru tahuuu..


 MORAL : TAK PERLU BUAT ITU SEMUA KAN... YANG LEPAS BIARKAN BERLALU DAN JAGALAH RUMAHTANGGA SEBAIK NYA. JADILAH SUAMI YANG SOLEH DAN ISTERI YANG SOLEHAH

Pesanan Kepada PUAN, Jaga Suami Puan baik-baik ye.. Semoga Puan Bahagia.

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

8

Jangan Tengok Kamera By Geng FiQ'Ra

cunndaa baru je dapat kad geng FiQ'Ra ni..saje jelah nak tayang sikit....

Jum Daftar Ahli Geng FiQ'Ra DISINI

Ni Aktiviti kedua yang cunndaa join.
Aktiviti pertama tak sempat nak join...

Cunndaa dengan anak cunndaa DARWISYA DARIAH


Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

7

Gambar Perkahwinan Zahiril Adzim & Shera Aiyob | Puisi Cinta Zahiril Adzim & Shera Aiyob









Puisi Cinta yang datang dari hati Zahiril Adzim khas buat isteri tercinta, Shera Aiyob.

Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan, 
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala

Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku. 


kredit picture to : ShutterClick Photography 

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

13

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga


Sudahlah jatuh tangga, kena timpa dek tangga la pulak....itu bukan maksud sebenar peribahasa Sudah Jatuh ditimpa tangga ye adik-adik sekelian

3 Hari yang lepas cunndaa jatuh tangga...
Gedebukkkkk......... 
jatuh sambil kontrol ayu. Nasib baik takde orang tengok. Kalau tidak jatuh la saham seposen dua.

Malang tidak berbau.. Mungkin anak tangga tersebut terlalu licin sampai cunndaa jatuh tergolek. 3 anak tangga pulak tuu... Sakit habis sekala urat dan ternampaklerrr aurat...... 
Oppssss nasib masa tu pakai seluar. Kalau pakai baju kurung memang dapat dosa la sapa tengok cunndaa jatuh tu sebab kompem kain akan terselak walaupun sudah kontrol ayu raudhiah sikit-sikit..

Cunndaa ingatkan sakitnya boleh hilang dalam masa sehari dua.. Tapi sampai sekarang sakitnya masih terasa..
Sakit punggung, sakit paha sakit tangan dan segala benda yang berkaitan..

Cunndaa pulak jenis alergik minyak..jadi langsung tak sapu minyak. Urat pun dah tersimpul rapi agaknye sebab tak berurut kan..

Ape perlu cunndaa buat.. Jumpa dokterrr..takut jarum..
kang cucuk kat tempat yang dah sakit, nanti makin sakit..

Owh abang Fahrin, tolonglah gelprenmu ini ketika didalam kesusahan.. (ayat taklehblahhh)



Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

13

TABIAT atau BUANG TEBIAT

Tabiat atau buang tebiat cunndaa.....layaaannn jelahh

1. Sebelum publish entry kat blog, mesti preview 2,3 kali.. baca semula apa yang terkandung, dan bila puas hati baru publish..


2. Selalu keliru dengan arah kiri dan kanan.. Sangat failed. Bila cunndaa jadi pemandu pelancong untuk family, encik BF, atau sedara mara.. Bila tang bagi arah kiri dan kanan tersangat-sangat failed... Sebab tu cunndaa akan guna tangan dan mulut akan jadi mulut itik.. Sini..sini...ikut sini. Aduyaiii..


3. Tak suka makan ubat jenis cecair... Lebih suka ubat pil dan jenis kapsul.


4. Tak akan korek hidung dan korek telinga serentak.... agak-agak ada orang buat ke??? kehkehkeh


5. Gosok gigi dulu sebelum cuci muka... Pernah semasa mamai dan kalut-kalut, nak gosok gigi dengan pencuci muka...Nasib tak sempat.. fuhhh


6. Sangat fanatik pink dan unggu.Bila nampak je barang yang berwarna pink dan unggu,terus nak terkam.. 


7. Minat abang Fahrin Ahmad.. owh abam, i lebiu.


8. Bila bosan, akan mengelamun nak kawen...owh diri ini terasa gedikss... hukhuk.. Mesti cik jijah blogpecut selalu angan-angankan yang indah kan sebab tak lama lagi akan bertukar status... tak sabarnye nak taweeenn.


9. Dah habisss agaknye celoteh kali ni..


10. Sama seperti diatas...kehkehkehkeh..

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

14

8 Tips Kepada Pasangan yang Putus Cinta

Salam kepada semua warga blog..
Pernahkah anda rasa betapa sakitnya putus cinta?
Betapa siksanya jiwa...
Semua yang anda buat anda terbayangkan wajahnya
Dimana saja anda pergi, anda bawa memori bersamanya..



Kali ni cunndaa nak kongsikan 8 tips kepada Pasangan yang Putus Cinta untuk melupakan bekas kekasih hatinya..


1. DEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH SWT.
Allah sentiasa ada ketika susah dan senang.. Dekatkan diri kepadaNYA, nescaya sidia yang anda idamkan itu bukan yang terbaik untuk anda.. Mungkin ada insan TERPILIH lain yang lebih baik untuk anda dan sidia.
kita hanya merancang dan ALLAH swt. yang menentukan.



2. JANGAN HUBUNGI BEKAS KEKASIH.

Buat masa yang terdekat, jangan cuba untuk hubungi bekas kekasih anda. Jika anda hubungi dirinya takut masalah lain yang bakal timbul. Sebaiknya cuba muhasabah diri sendiri dan jawapannya ada pada anda. 



3. KONTROL EMOSI DAN PERASAAN ANDA. 

Jangan terlalu ikutkan emosi anda yang sedang marah dan frust. Kawal perasaan anda yang sedang berkecamuk. Bak kata pepatah, "ikut hati, mati". Banyakkan istigfar dan terima ini semua dengan redha.
REDHA ITU RELA... relaka perpisahan ini andai itu takdirNYA yang tersurat.




4. JANGAN MEMENDAM RASA .

Jika anda terasa sebak dan perlukan seseorang disisi anda, jangan segan dan luahkan kepada orang yang paling rapat dengan anda yang anda percaya. Percayalah, selepas anda meluahkan segala masalah yang menghantui anda, anda akan rasa lega.



5. SIBUKKAN DIRI.

Sentiasa sibukkan diri supaya anda tidak selalu memikirkan masalah yang melanda anda.



6. JANGAN BERTANYA KHABAR BEKAS KEKASIH ANDA MELALUI KAWANNYA.

Jangan sesekali bertanya khabar beliau melalui kawan-kawannya. Hal ini kerana, bimbang anda tidak berjaya mengawal perasaan anda dan susah untuk anda melupakannya.



7. HIBURKAN HATI SENDIRI.

Terus hiburkan hati anda walaupun didalam hati andalah orang yang paling sakit.. Jika ada masa lapang, ajaklah teman rapat ataupun family untuk beriadah bersama-sama.



8. SENYUM SOKMO.

Sentiasa tersenyum, jangan tunjukkan kepada dunia bahawa anda sedang putus cinta.

Selamat beramal...

Thanks nuffnang bagi new BE walaupun cunndaa curang sekarang..balik rumah (buka blog) jarang-jarang..


Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

14

OMBAK RINDU


Filem Ombak Rindu adalah di adaptasikan daripada novel OMBAK RINDU hasil karya Fauziah Ashari.

Novel ini mengisahkan seorang gadis yang bernama Izzah (Maya Karin) merupakan seorang anak yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah?

 Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?



Cunndaa belum lagi tengok citer ni, tapi ramai yang mengatakan novel lagi best daripada cerita yang di filemkan.. Ombak Rindu merupakan novel pertama yang cunndaa beli masa form 3 rasanya...dah berkulat novel tu sebab selalu sangat baca.. setiap kali baca, mesti meleleh air mata.. law tengok kat pawagam kena sediakan tisu banyak-banyak nampak gayanya...

Sapa nak tengok citer ni dengan cunndaa? Jum.....

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

0

eqbalzack.com Writing Contest [3]

Salam Jumaat kepada semua warga blog.
Hari ni cunndaa mengasah bakat dalam menulis essay yang dianjurkan oleh Abang Eq. Kali kedua cunndaa menulis entry mengenai beliau. 
Nak baca entry pertama cunndaa mengenai beliau, KLIK SINI.

\
KLIK BANNER UNTUK JOIN.

Deadline for Submissions: 11:59 pm, 25 December 2011


Jum semua warga blog, kita pakat-pakat memerah idea dalam writing contest yang dianjurkan oleh ABANG EQ.


Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

9

Kelebihan membaca Ayat Kursi


Antara Kelebihan Membaca Ayat Kursi, antaranya :

1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi.


2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdak akan memasuki rumahmu.


3) Baca setelah berwudhu', darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat.


4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam.


5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian.


Wallahua'lam

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TENKIU DAUN KELADI, JEMPUT DATANG LAGI
PUSH >