Showing posts with label cunndaa. Show all posts
Showing posts with label cunndaa. Show all posts
12

Ciuman Rindu ^^

Yuhuuu.... Yuhuu....
Lamanya tak hapdet blog...
Rindu tak...rindu tak...??
Akhirnya berjaya jugak pujuk hati untuk menulis blog..
Seminggu taw sesi pujuk memujuk ni..
kehkehkeh..Sila percaya.

Oke bai..

* Tengkiu sudi baca...
* Muah seketul dua kepada yang rindu....

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

10

Persembahan Hari Guru

Salam sayang semua

Hari guru dah nak dekat, cunndaa semakin buat-buat kalut sebab kena buat persembahan sempena hari guru..
Biasalah, cikgu-cikgi baru ni kena la tunjukkan bakat yang direndam sikit... bakat terpendam takdakk..bakat direndam pun jadilah...

Ada cikgu request nak buat sketsa muzikal.. aiyooo... cunndaa malu-malu meow sikit nak beraksi dipentas, bukan apa, takut ada orang nak booking suruh jadi heroin untuk filem .. tu yang kena pikiaq dua kali dulu..

Sebab malas berlatih punya pasal... kami KIV dulu pasal nak buat sketsa muzikal tu...

terus sambung berfikir sambil landing-landing..

Nak buat koir, simple sangat katernyaaaa... susahnya bila bekerjasama dengan orang yang mempunyai bakat besar ni...

Nak buat persembahan apa ye nanti...

Tolong pikir untuk cunndaa boleh tak?? Bagi jawapan sebelum 16 Mei okeys dalim...

* Doakan cunndaa cepat dapat posting.... tq sayang

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

22

Disini Memori Tercipta


Salam Sayang semua..

Cunndaa minta maaf kepada semua yang datang ke blog cunndaa tapi cunndaa lambat membalas jejak sayang-sayang semua..
Terima Kasih kepada yang setia menunggu entry cunndaa seterusnya..(bajet ade je kan) kehkehkeh..

Rindu cunndaa tak??
Terima Kasih, cunndaa dah tahu jawapan tu.... =)

Sekarang mood nak berblog masih belum ada..
Sudah kelaut..

Cunndaa sayang darling darling semua..
Cunndaa sayang kawan-kawan cunndaa..

"Disini jua memori tercipta
walau seketika terjalin kasih kita
mungkin di sini kita terpisah
kenangan bersama tiada ku lupa... =)"

Cunndaa sayang blog pinky cunndaa..

Sayang sangat kepada yang sudi baca entry ringkas cunndaa ni..

Tapi cunndaa lagi sayang kat nuffnang...
SEBAB
Nuffnang tetap bagi cunndaa BE walaupun dah lama sangat2 cunndaa tak aktif blog.
Siap bagi 2 BE lagi..
Tapi satu BE dah ME...
Sekarang 1 BE tengah running...

Sebabtu malas nak aktif blog...tak aktif dapat BE, kalau aktif tak dapat... so, jum kita pakat kelaut...kekekee

Terima Kasih nuffnang..kau cinta hatiku..

 
Nah seketul gambar, buat hilangkan rindu.....

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

13

ShoutMix Melabuh Tirai, Selamat Datang Cbox


 Yang  patah tumbuh, yang hilang berganti...
Begitu juga dengan shoutmix ni...
Bakal meninggalkan kita semua yang tak mampu untuk membayarnya..

Jum lerrr kita bertukar kepada cbox.
Tak kenal maka tak cinta.
……..@*@*
….@*……..@* …………………………@*
..@*……………@* ………………@*……..@*
.@*……………….@*……….@*……………..@*
@*…………………..@*…@*………………….@*
@*………………………*……………………..@*
.@*…………………………………………….@*
..@*………………………………………..@*
….@*…………………………………..@*
……..@*…………………………..@*
………..@*……………………@*
…………….@*…………..@*
……………….@*……@*
………………….*..@*
……………………@
……………………*
……………………@
……………………


Cunndaa yakin, semua orang tak suka dengan cbox kan?
Begitu juga cunndaa..
Naik lenguh tangan ni duk taip satu-satu time BW
tapi nak buat macam mana...
Kena la gigih jugak deknon oii

Jum bertukar semua..
Inilah gayanya Cbox baru cunndaa..
Ringankanlah jejari runcing menaip kat situ ye


Nak manfaatkan Shoutmix hingga ke nafas terakhir...
◕ ‿ ◕


Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

17

KANAK-KANAK ISTIMEWA

Diwajahnya terlukis keriangan bila diraikan..

Kakak ni dalam 30-an..

Najmi merupakan kanak-kanak Sindrom Down.

Yen Yen yang Sangat kelakar serta menghiburkan.

Kanak-kanak berkeperluan khas sangat istimewa..
Segelintir masyarakat takut untuk mendekati mereka..
Kenapa?? Mengapa..??
Jawapannya ada pada diri sendiri.

Mereka tidak pernah bersalah
Mereka juga insan biasa seperti kita
Yang punya hati dan perasaan
Yang ingin dibelai dan dimanja
Kerana mereka berhak bahagia dan gembira

Walau apa pun fizikal mereka..
Jangan sesekali sisihkannya..

Mereka adalah anak syurga

Yang tiada dosa.

Rindunye nak buat program lagi.....

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

17

Story Aku & Lagu

Salam Warga Blog, Warga GF..
Liplapliplap, dah aktiviti ke-5 geng Fiqra anjurkan. Terima Kasih kepada Admin yang begitu sabar melayan karenah kami semua. Terima kasih kepada kawan-kawan juga.

Kali ni GF anjurkan aktiviti "AKU DAN LAGU" 
Klik Banner Untuk Join ye Sayam semua.



INILAH STORY NYA








Semua orang ada cerita tersendiri disebalik lirik-lirik lagu kan.? 
Begitu juga cunndaa.. 
Tapi Cerita Cunndaa tidak menarik dan tidak akan buat anda tertarik. 
Tapi ini lah realiti Cerita Cunndaa.

Diantara banyak-banyak lagu, 
ini lah lagu yang Memberi Maksud Yang Mendalam Kepada Cunndaa. 

Pernah menangis dengan bait-bait ayat dalam lagu ni.
Sangat tersentuh.

 Inilah lagu yang dimaksudkan disebalik cerita yang cunndaa sampaikan diatas tu.

 Lagu : DIPONDOK KECIL
Oleh :  NADAMURNI


Dipondok kecil di pantai ombak

Berbuih putih beralun-alun



Disuatu hari ayah berkata

Jaga adik mu ayahkan pergi jauh

Ku pandang wajah ayah dahinya ku cium

Air mata mengalir hatiku pilu



Diam-diamlah sayang jangan menangis 

Doakan ayah semoga diterima

Diam adik ku sayang jangan menangis

Andai ayah gugur doakan dia syahid

Selamat berjuangan ayah tercinta

Kau pergi dulu ayah ke medan juang

Ku iringi doa moga berjaya

Beroleh kemenangan demi agama Islam



Wahai abang ku kemana Ayah

Ayah ku sayang ayah ku cinta ayah

Ayah ku sayang ayah ku cinta ayah



Duhai adik ku sayang jangan bersedih 

Ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi

Tapi ingatlah adik ku pesanan ayah

Berjuangan dan berkorban walau dimana jua



Pada Mu Tuhan aku bermohon 

Dosa ayah ku minta diampunkan

Berilah rahmat bantulah dia 
Untuk menegakkan agama Islam
ITULAH STORY & LAGU CUNNDAA

Sedihkan, semasa berumur 6 tahun, cunndaa sudah kehilangan orang yang  paling cunndaa sayang
 dan orang yang penting sekali dalam hidup.

NAMUN....
Cunndaa beruntung kerana ada Ibu yang baik.solehah,dan bertanggungjawab.

Terima Kasih semua yang sudi menghabiskan masa membaca entry cunndaa ^^

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

14

Nuffnang Baik Hati | BE ke-17 daripada Dumex Dugro

Terima Kasih cunndaa ucapkan kepada Nuffnang kerana baik hati dengan cunndaa. Dah lama cunndaa tak berblog secara aktif sekarang ni. Buka blog hanya sekadar join segmen dan kadang-kadang hanya balas jejak rakan-rakan yang menyinggah. Kalau cunndaa tak shout ataupun tak komen, cunndaa mintak maaf sebab line ni bermasalah. tapi cunndaa tetap singgah di blog anda.

Lepas ni nak berhijrah dah. Dah merajuk dengan broadband MAXIS ni. Tapi gaya hidup nomad macam cunndaa ni susah kalau tak pakai berukbang..sebab berukbang senang dibawa kesana kesini..sabarrrr jelahhh..

Kalau hujan, line tak payah  cakap lah.. Teramat amat amat dan amat slow.. Slow and steady katenyee.. tapi dah naik muak menunggu loading..

NAMUN.. Encik Nuffnang tetap SAYANG cunndaa kan kan kan... 
Tanpa sedar, cunndaa dapat BE daripada Nuffnang.
  BE yang ke-17..
 Baru ke 17 . 
Orang lain dah dapat BE yang ke 177 dah agaknye..

Kalau nampak Iklan ni duk berjoget kat Blog Cunndaa, 
jangan jeling-jeling je taw..
Klik la sekali... 
Mekasim cayam.


Wahhhhhh..... Tak sangka, dah lama BE DUMEX DUGRO ni running.... 
Gracias Encing Nuffnang Sayam.
Lain Kali Bagi lagi...

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

8

Jangan Tengok Kamera By Geng FiQ'Ra

cunndaa baru je dapat kad geng FiQ'Ra ni..saje jelah nak tayang sikit....

Jum Daftar Ahli Geng FiQ'Ra DISINI

Ni Aktiviti kedua yang cunndaa join.
Aktiviti pertama tak sempat nak join...

Cunndaa dengan anak cunndaa DARWISYA DARIAH


Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

13

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga


Sudahlah jatuh tangga, kena timpa dek tangga la pulak....itu bukan maksud sebenar peribahasa Sudah Jatuh ditimpa tangga ye adik-adik sekelian

3 Hari yang lepas cunndaa jatuh tangga...
Gedebukkkkk......... 
jatuh sambil kontrol ayu. Nasib baik takde orang tengok. Kalau tidak jatuh la saham seposen dua.

Malang tidak berbau.. Mungkin anak tangga tersebut terlalu licin sampai cunndaa jatuh tergolek. 3 anak tangga pulak tuu... Sakit habis sekala urat dan ternampaklerrr aurat...... 
Oppssss nasib masa tu pakai seluar. Kalau pakai baju kurung memang dapat dosa la sapa tengok cunndaa jatuh tu sebab kompem kain akan terselak walaupun sudah kontrol ayu raudhiah sikit-sikit..

Cunndaa ingatkan sakitnya boleh hilang dalam masa sehari dua.. Tapi sampai sekarang sakitnya masih terasa..
Sakit punggung, sakit paha sakit tangan dan segala benda yang berkaitan..

Cunndaa pulak jenis alergik minyak..jadi langsung tak sapu minyak. Urat pun dah tersimpul rapi agaknye sebab tak berurut kan..

Ape perlu cunndaa buat.. Jumpa dokterrr..takut jarum..
kang cucuk kat tempat yang dah sakit, nanti makin sakit..

Owh abang Fahrin, tolonglah gelprenmu ini ketika didalam kesusahan.. (ayat taklehblahhh)



Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

13

TABIAT atau BUANG TEBIAT

Tabiat atau buang tebiat cunndaa.....layaaannn jelahh

1. Sebelum publish entry kat blog, mesti preview 2,3 kali.. baca semula apa yang terkandung, dan bila puas hati baru publish..


2. Selalu keliru dengan arah kiri dan kanan.. Sangat failed. Bila cunndaa jadi pemandu pelancong untuk family, encik BF, atau sedara mara.. Bila tang bagi arah kiri dan kanan tersangat-sangat failed... Sebab tu cunndaa akan guna tangan dan mulut akan jadi mulut itik.. Sini..sini...ikut sini. Aduyaiii..


3. Tak suka makan ubat jenis cecair... Lebih suka ubat pil dan jenis kapsul.


4. Tak akan korek hidung dan korek telinga serentak.... agak-agak ada orang buat ke??? kehkehkeh


5. Gosok gigi dulu sebelum cuci muka... Pernah semasa mamai dan kalut-kalut, nak gosok gigi dengan pencuci muka...Nasib tak sempat.. fuhhh


6. Sangat fanatik pink dan unggu.Bila nampak je barang yang berwarna pink dan unggu,terus nak terkam.. 


7. Minat abang Fahrin Ahmad.. owh abam, i lebiu.


8. Bila bosan, akan mengelamun nak kawen...owh diri ini terasa gedikss... hukhuk.. Mesti cik jijah blogpecut selalu angan-angankan yang indah kan sebab tak lama lagi akan bertukar status... tak sabarnye nak taweeenn.


9. Dah habisss agaknye celoteh kali ni..


10. Sama seperti diatas...kehkehkehkeh..

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

14

8 Tips Kepada Pasangan yang Putus Cinta

Salam kepada semua warga blog..
Pernahkah anda rasa betapa sakitnya putus cinta?
Betapa siksanya jiwa...
Semua yang anda buat anda terbayangkan wajahnya
Dimana saja anda pergi, anda bawa memori bersamanya..



Kali ni cunndaa nak kongsikan 8 tips kepada Pasangan yang Putus Cinta untuk melupakan bekas kekasih hatinya..


1. DEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH SWT.
Allah sentiasa ada ketika susah dan senang.. Dekatkan diri kepadaNYA, nescaya sidia yang anda idamkan itu bukan yang terbaik untuk anda.. Mungkin ada insan TERPILIH lain yang lebih baik untuk anda dan sidia.
kita hanya merancang dan ALLAH swt. yang menentukan.



2. JANGAN HUBUNGI BEKAS KEKASIH.

Buat masa yang terdekat, jangan cuba untuk hubungi bekas kekasih anda. Jika anda hubungi dirinya takut masalah lain yang bakal timbul. Sebaiknya cuba muhasabah diri sendiri dan jawapannya ada pada anda. 



3. KONTROL EMOSI DAN PERASAAN ANDA. 

Jangan terlalu ikutkan emosi anda yang sedang marah dan frust. Kawal perasaan anda yang sedang berkecamuk. Bak kata pepatah, "ikut hati, mati". Banyakkan istigfar dan terima ini semua dengan redha.
REDHA ITU RELA... relaka perpisahan ini andai itu takdirNYA yang tersurat.




4. JANGAN MEMENDAM RASA .

Jika anda terasa sebak dan perlukan seseorang disisi anda, jangan segan dan luahkan kepada orang yang paling rapat dengan anda yang anda percaya. Percayalah, selepas anda meluahkan segala masalah yang menghantui anda, anda akan rasa lega.



5. SIBUKKAN DIRI.

Sentiasa sibukkan diri supaya anda tidak selalu memikirkan masalah yang melanda anda.



6. JANGAN BERTANYA KHABAR BEKAS KEKASIH ANDA MELALUI KAWANNYA.

Jangan sesekali bertanya khabar beliau melalui kawan-kawannya. Hal ini kerana, bimbang anda tidak berjaya mengawal perasaan anda dan susah untuk anda melupakannya.



7. HIBURKAN HATI SENDIRI.

Terus hiburkan hati anda walaupun didalam hati andalah orang yang paling sakit.. Jika ada masa lapang, ajaklah teman rapat ataupun family untuk beriadah bersama-sama.



8. SENYUM SOKMO.

Sentiasa tersenyum, jangan tunjukkan kepada dunia bahawa anda sedang putus cinta.

Selamat beramal...

Thanks nuffnang bagi new BE walaupun cunndaa curang sekarang..balik rumah (buka blog) jarang-jarang..


Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

14

OMBAK RINDU


Filem Ombak Rindu adalah di adaptasikan daripada novel OMBAK RINDU hasil karya Fauziah Ashari.

Novel ini mengisahkan seorang gadis yang bernama Izzah (Maya Karin) merupakan seorang anak yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah?

 Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?



Cunndaa belum lagi tengok citer ni, tapi ramai yang mengatakan novel lagi best daripada cerita yang di filemkan.. Ombak Rindu merupakan novel pertama yang cunndaa beli masa form 3 rasanya...dah berkulat novel tu sebab selalu sangat baca.. setiap kali baca, mesti meleleh air mata.. law tengok kat pawagam kena sediakan tisu banyak-banyak nampak gayanya...

Sapa nak tengok citer ni dengan cunndaa? Jum.....

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

0

eqbalzack.com Writing Contest [3]

Salam Jumaat kepada semua warga blog.
Hari ni cunndaa mengasah bakat dalam menulis essay yang dianjurkan oleh Abang Eq. Kali kedua cunndaa menulis entry mengenai beliau. 
Nak baca entry pertama cunndaa mengenai beliau, KLIK SINI.

\
KLIK BANNER UNTUK JOIN.

Deadline for Submissions: 11:59 pm, 25 December 2011


Jum semua warga blog, kita pakat-pakat memerah idea dalam writing contest yang dianjurkan oleh ABANG EQ.


Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

8

Contest Candid Time

Cunndaa sedang berjinak-jinak dengan contest..
agak lama tidak menceburi bidang ini..
Sungguh teruja dengan hadiah yang tuan penganjur offer
ulalaaa...

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Terima Kasih kepada CIKNINI kerana tag cunndaa untuk join contest from ADIK MUNA RAHIMAH.. Terasa diri begitu TERPILIH..kekekee..

So, cunndaa pertaruhkan gambar candid bersama adik tersayang. 

======
======
======
======
======
======
======
======
========
======
=====
====
===
==
=

dicandidkan oleh si KAKAK..

cunndaa tag : Abg stalker dan Chibiey
TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 13.12.2011

gelak guling-guling tengok picture ni..Adik cunndaa memang gagah...kehkehkeh


Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

15

RINDU

Saya kurang semangat untuk berblog...

Tapi saya rindu pada kawan-kawan blogging..

Rindu....

Sekian,
-cunndaa-

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

31

Demam


Saya demam..
Sebab tu saya tak online
Kesian saya..

Saya tak suka makan ubat..
Tapi kena makan jugak..
hukhukhuk
Kesian Saya

Apa mau buat...

Kesian saya..

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

16

Pengorbanan seorang Ibu


Kasih Ibu tetap dihati
Ku bawa setiap kali kaki melangkah pergi..
Walau kemana destinasi
Pesanan ibu kupahat kukuh dihati.

Kerana ibu ku berjaya sampai ke sini..

Pengorbanan ibu terlalu hebat
Sehingga ku rasakan ku tak terdaya untuk membalas semuanya
Tapi ku tetap berusaha untuk menjagamu hingga ke hari tua
Seperti dirimu mendidikku hingga dewasa
Menjadi insan yang berguna...

Terima Kasih diatas segalanya..

Pengorbananmu ku junjung tinggi.
Kasih sayangmu tersemat di hati..

Engkau Ratu dalam hati
Permaisuri di jiwa.


                                                                   with luv
-cunndaa-

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

48

Konvokesyen di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

wif encik boipren sebelum masuk Dewan.

 Terima Ijazah daripada Pro Canselor


My Family with Family Encik Azareey Zahar


UKM di hatiku..







With blogger dari kiri, Misssuqi aka my besfren, cunndaa and Cik Yana di UKM.


Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

19

Kad Raya | Ucapan Raya Special daripada Cunndaa


Jum kita berbalas pantun raya...oyeahh...

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

32

Popia Mini Yang Ranggup

Salam semua..

Menjelang Syawal, kita tak boleh lari daripada kuih raya kan.
Pelbagai kuih yang akan kita sediakan dan juga yang kita tempah.

Popia Mini ni adalah perniagaan mama cunndaa sejak 10 tahun yang lalu.
Mama ibu tunggal, jadi mama menceburi perniagaan ni.

Setakat ni, Alhamdulillah..
Mendapat sambutan yang baik.

Dah dapat jawapan lah ye kenapa cunndaa jarang online sekarang nie..
Cunndaa tolong mama buat popia ni..

Petang pulak, kalau mood rajin cunndaa pergi tolong makcik menjual juadah untuk berbuka puasa..
Pergi la tayang muka kat gerai makcik tu, 
konon-konon cepat laku sikit bila cunndaa ada..kehkehkeh

So, kalau cunndaa lewat balas jejak darling semua, jangan marah ye..

 Ni popia mini yang telah di packing
1 plastik = Setengkah kilogram.

Gambar kat bawah ni, tempahan yang dah siap.
Sempat lagi cunndaa snap picture..

Ni makcik Cunndaa yang tempah..
Cikgu-cikgu kat sekolah tempat dia mengajar yang order..
Tak cukup kotak time ni, tibai plastik pulak.

Banyak lagi tempahan yang belum siap...
Sorang baru tempah dah banyak macam tu..
Kalau 50 orang yang tempah
Memang kematu jari-jari runcing nie.. =)

Semoga Kita semua dimurahkan Rezeki yang Halal.


Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TENKIU DAUN KELADI, JEMPUT DATANG LAGI
PUSH >