Pernahkah anda rasa betapa sakitnya putus cinta?
Betapa siksanya jiwa...
Semua yang anda buat anda terbayangkan wajahnya
Dimana saja anda pergi, anda bawa memori bersamanya..
Kali ni cunndaa nak kongsikan 8 tips kepada Pasangan yang Putus Cinta untuk melupakan bekas kekasih hatinya..
1. DEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH SWT.Allah sentiasa ada ketika susah dan senang.. Dekatkan diri kepadaNYA, nescaya sidia yang anda idamkan itu bukan yang terbaik untuk anda.. Mungkin ada insan TERPILIH lain yang lebih baik untuk anda dan sidia.kita hanya merancang dan ALLAH swt. yang menentukan.
2. JANGAN HUBUNGI BEKAS KEKASIH.
Buat masa yang terdekat, jangan cuba untuk hubungi bekas kekasih anda. Jika anda hubungi dirinya takut masalah lain yang bakal timbul. Sebaiknya cuba muhasabah diri sendiri dan jawapannya ada pada anda.
3. KONTROL EMOSI DAN PERASAAN ANDA.
Jangan terlalu ikutkan emosi anda yang sedang marah dan frust. Kawal perasaan anda yang sedang berkecamuk. Bak kata pepatah, "ikut hati, mati". Banyakkan istigfar dan terima ini semua dengan redha.REDHA ITU RELA... relaka perpisahan ini andai itu takdirNYA yang tersurat.
4. JANGAN MEMENDAM RASA .
Jika anda terasa sebak dan perlukan seseorang disisi anda, jangan segan dan luahkan kepada orang yang paling rapat dengan anda yang anda percaya. Percayalah, selepas anda meluahkan segala masalah yang menghantui anda, anda akan rasa lega.
5. SIBUKKAN DIRI.
Sentiasa sibukkan diri supaya anda tidak selalu memikirkan masalah yang melanda anda.
6. JANGAN BERTANYA KHABAR BEKAS KEKASIH ANDA MELALUI KAWANNYA.
Jangan sesekali bertanya khabar beliau melalui kawan-kawannya. Hal ini kerana, bimbang anda tidak berjaya mengawal perasaan anda dan susah untuk anda melupakannya.
7. HIBURKAN HATI SENDIRI.
Terus hiburkan hati anda walaupun didalam hati andalah orang yang paling sakit.. Jika ada masa lapang, ajaklah teman rapat ataupun family untuk beriadah bersama-sama.
8. SENYUM SOKMO.
Sentiasa tersenyum, jangan tunjukkan kepada dunia bahawa anda sedang putus cinta.
Selamat beramal...
Thanks nuffnang bagi new BE walaupun cunndaa curang sekarang..balik rumah (buka blog) jarang-jarang..
14 Orang Komen:
terbaik yang pertama tu :)
kena sibukkan diri dengan buat aktiviti berfaedah. sekurang2nya dapat lupakan kesakitan tu.hehe
tahniah dapat BE!
Nice entry . muna suke blog ni ! follow you kak cunndaa ;D
me skg pom putus centa
bagus tips nih..shida ade amal 2 3 tips dlm tu..mmg berbaloi hehe..lupakn kkash lama..tp bertaut kmbali..ahahks :P
best woo...tenx cunndaa sudah share,,hehe..peace ^^
@shida'R kekasih lama bertaut kembali mmg terbaik lah..hehehee..
nice tips ^^
Untuk lagi bebelan cara-cara menangani putus cinta : http://lydsunshine.blogspot.com/2010/04/tips-putus-menangani-putus-cinta-cara.html
Sape nak follower, meh tinggalkan jejak di shoutbox saya. Akan saya follow. :)
sumenya betul..:) hrp2 hati x berdegil.
-cunndaa,blog abg kne hack la.abes template hilang.skrg ni tgh berperang dgn hacker kt fb.menyirap-
erm btol3.. kne busykn dri dan pling pntg dekatkn diri pada Allah.. i.Allah ;)
jgn gantung diri sudah la h
pasti akn jmpe jodoh y sepadan...jgn terlalu kcewa bla putus cinta.setuju ngn tips cundaa kasi tu sayang,,,^_^
cepat2 cari pengganti :)
Post a Comment