28

Resepi Puding Koktail


Bahan-bahan

10 gram serbuk agar-agar
1 tin susu pekat F&N (505 gram)
1 tin susu cair F&N
1 tin koktail
5 gelas air

Cara Membuatnya :

Masukkan 5 gelas air (4 gelas air suam + 1 gelas air koktail) ke dalam periuk.

Masukkan serbuk agar-agar dan didihkan diatas api yang perlahan.
Kacau hingga sebati dan mendidih.

Apabila agar-agar tadi sudah mendidih, Masukkan susu pekat sedikit demi sedikit dan kacau sehingga agar-agar mendidih lagi sekali.

Sejukkan didalam bekas dan masukkan sedikit koktail.


Apabila puding koktail ini separuh keras, taburkan lebihan koktail tadi diatasnya.
Supaya koktail timbul pula pada bahagian atas puding.
Seperti gambar dibawah


- ENAK DIMAKAN BEGITU SAJA -

Apabila puding sudah suam-suam, masukkan didalam peti ais.
Tunggu sehingga puding betul-betul pejal.

Untuk lebih sedap..
Potong puding tadi kecil-kecil dan campurkan dengan sedikit susu cair F&N.

Bawa puding koktail ni pi gathering geng Kongsi Blog 10 Oktober ni kat Ulu Yam best jugak rasenye...

boleh buat juadah untuk berbuka puasa nanti... 

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

32

Mohd Ashraf Hafiz atau Aleesha Farhana Meninggal Dunia

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz yang gagal dalam permohonan menukar nama kepada Aleesha Farhana telah meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah pada jam 5 pagi tadi. 

Mahkamah telah pun menolak permohonan beliau pada 18 Julai lalu dan akibat daripada penolakan mahkamah tersebut, beliau menghadapi tekanan dan menerima pandangan negatif daripada masyarakat.


Ashraf yang lebih mesra dengan panggilan Aleesha membuat permohonan menukar jantina di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 25 Mei lalu bagi memudahkannya diterima masuk ke Universiti tempatan untuk menyambung pengajiannya selain daripada kesukaran hidup sebagai seorang wanita yang berstatuskan lelaki. Namun Mahkamah menolak permohonan beliau.

Allahyarham Telah membuat pembedahan menukar jantina di Thailand pada tahun 2009 lagi. Beliau telah dimasukkan ke hospital pada jam 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah. 

Semalam, doktor mengesahkan bahawa Ashraf telah mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Daripada ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita pulang. 
AL-FATIHAH


Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

13

Kelebihan Bulan Ramadhan | Doa Mustajab



Ramadhan datang lagi. Kehadiran bulan yang mulia ini dinantikan oleh semua hamba ALLAH swt. Semoga kehadiran Ramadhan Tahun ini memberi kita semua satu rahmat  dan berkat. 
Selamat Beribadat dalam bulan Ramadhan kepada semua Ummat Islam. 

Apa yang kita sudah ketahui, Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak Kelebihan. Selain daripada menahan lapar dan dahaga, kita juga mesti berpuasa anggota. 

Di bulan yang mulia ini, Pintu syurga dibuka dan pintu Neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bahawa ALLAH swt itu mengasihani hambaNYA yang taat beribadat dan menurut segala PerintahNYA.

Di bulan Ramadhan, Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum daripada kasturi disisi ALLAH. 
Begitu besar nikmat yang diberi oleh ALLAH swt kepada hambaNYA.

Di dalam menunaikan ibadat puasa, kita mestilah banyakkan amalan murni seperti bersabar, merendah diri, tidak meninggikan suara ketika bercakap dan elakkan daripada membuat perkara-perkara yang dikeji ALLAH swt.

Pada bulan Ramadhan, syaitan diikat supaya Ummat Islam dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan sekiranya kita lalai.

Pada Bulan Ramadhan adanya Malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan. Hamba ALLAH yang beribadat pada malam Lailatul Qadar diampunkan dosa-dosa mereka.

Sebelum berbuka puasa, berdoalah terlebih dahulu kerana doa orang yang berpuasa sebelum berbuka adalah mustajab.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT PUASA DI BULAN RAMADHAN KEPADA SEMUA UMMAT ISLAM.

sumber : bulanislam


Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

21

Pemilik Hati

Bila Hati sudah sayang
Perasaan asyik melayang
Merindui dia sijantung pisang
Membuat jiwa tak tenteram..
Semakin hari semakin sayang
Tak ada resepi tak ada ramuan
Hanya berbekalkan mesej dan panggilan
Tidur pun lena makan pun kenyang
Dah lama tidak berjumpa
Dengan pemilik hati yang tercinta
Apa agaknya dirinya disana
Kudoakan baik-baik saja..


Rindu saat dating berdua
Masalah Problem dikongsi bersama
Suka duka pelbagai rasa
Berkongsi gelak dan tawa.

CINTA JARAK JAUH....
Kejujuran
dan
Keikhlasan
yang kita sama-sama dambakan.



Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

18

Spontaneous Thursday # 2

Kasi KRITIK blog cunndaa sikit... 


Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

43

Worldless Wednesday # 6| Hasil Make Over


******
******
******
******
******
******
******
******
********
*******
******
*****
****
***
**
*






 Luahan hati : Buruknya muka bila pakai make-up...
Nanti kawen, nak natural beauty...kehkehkeh

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

17

Kurasakan Something

Ada rasa something tak hari ni?
Ada bau something ke? 
Tak de erk??


Kalau nak rasa something, Sila terjah blog KURASAKAN SOMETHING milik ABANG EQBALZACK yang lebih dikenali dengan ABANG EQ



Dah lama nak post entry ni, cuma hari ni baru berkesempatan.
Cunndaa rasa something 
BILA....

=====
=====
=====
=====
=====
=====
=====
=======
======
====
===
==
=

Kembang kuncup lobang idung bila ABG EQ add  FESBUK CUNNDAA..
Terima Kasih ABG EQ..
Kalau sudi, terjah lah blog cunndaa jugak ye...

Kalau Dalim semua masih belum kenal siapa ABG EQ sila terjah blog beliau.
Mustahil lah kalau tak kenal ABG EQ ni..
Muka beliau pernah terpampang kat Kosmo taw..

Bangga sekejap bila Abang-abang otai sekodeng kita...
Bia dari jauh pun....
kehkehkeh

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

21

2 Header Blog Untuk Si Cantik Manis | Zack

Header blog lagi...Jangan cemuih ya..
Sekarang, Minat cunndaa cenderung ke arah photoshop.
Kalau korang cakap tak cantik, tak kira... Kena cakap cantik jugak..
Kalau tau cunndaa merajuk doblas hari...... 

Cunndaa createkan DUA header untuk beliau.. Agak-agak mana satu pilihan hatinya ye..... ?

Header cunndaa ni special for Sicantik Manis. Cunndaa sangat suka tilik gambar beliau yang bernama Zack ni kerana sangat manis, ayu, sopan...  Kalau tak manis, tak kan kena ngorat ngan studen sekolah kan? Sekolah rendah pulak tu.... 
cayerrr lah Zack..





Cunndaa designkan dua header untuk Zack, So, Zack boleh pilih samada nak header yang kat atas tu ataupun yang kat bawah ni...
Terpulang kat Zack.. Jangan bergilir pasang header lima minit sekali sudah..toingTOINGtoing


Kalau tak nak pilih, Amek kedua-duanya...
hehehheeee...
Jum ramai-ramai terjah belog Zack

Sape nak header, angkat tangan......?
Cunndaa taknak create kan , cuma cunndaa juz suh angkat tangan je, bia nampak bulu ketiak..

P/S : Zack, kalau saiz header ni besar or kecik, Zack gitaw cunndaa ye dalim

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

37

Doodle Bertudung

Salam Semua,


Kali ni cunndaa buat doodle lagi, mesti dalim semua dah muak kan, asyik doodle je..
Sekali jenguk ade doodle,
Jenguk minggu lepas pun, ada doodle jugak..
Doodle minggu lepas, special for Nina.


Padahal bukan comel pun cunndaa lukis doodle ..
Doodle cunndaa tak kemas langsung...
Selekeh je kan doodle cunndaa buat..

Doodle cunndaa kali ni di request oleh si cantik manis Mrs. Zack

Cunndaa segan sebenarnya nak buat doodle dan nak bagi kat Zack, sebab tak gheti sangat.

Main conteng-conteng je..Jari jemari ni keras. 

Al-maklumlah, dah berumurr...
-bukan tua ye..-


HOPE ZACK SUKA DENGAN DOODLE CUNNDAA

=======
=======
=======
=======
=======
=======
=======
========
=======
======
=====
====
===
==
=
NI LA DOODLE SIMPLE DARI CUNNDAA UNTUK ZACK
Cunndaa buat doodle bertudung untuk Zack...
Bila design Doodle, cunndaa lebih cenderung lukis doodle yang bertudung..
Belit-belit kat leher tu bia nampak tercekik sikit...kekekeee
-Padahal, kurang reti nak lukis rambut bila buat doodle free hair-

Yang ni, cunndaa saja-saja lukis untuk Zack..
Konon-kononnya, yang ni Zaim...
Tapi Zaim hensem, 
Doodle ni kacak seposen je..
Tak pe kan??
-Kalau Zack Nak, zack boleh amek Doodle yang bernama Zaim tu-
kwangkwangkwang...


Ni saja-saja nak test power..
Sapa lebih tinggi...
hahahaaaa...

P/S : Hope Zack Suka dengan Doodle bertudung dari Cunndaa tu ^^

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

24

Cikgu Wan Blogger Gila | Segmen SEO.


" CUNNDAA JOIN SEGMEN CUBA-CUBA SEO ANJURAN WANCIKGUMUZIK BLOGGER GILA DAN DAPAT HADIAH HEADER VERSI RAMADHAN DARI CIKGU WAN BLOGGER GILA TUUHH....!!
KLIK SINI KALAU NAK JOIN. "


Semalam dah HOT cerita pasal CIKGU WAN MUZIK ni sebagai  Cikgu Wan Muzik GAY
Hari ni meletup pulak mengenai CIKGU WAN BLOGGER GILA... Betul ke yang yang Cikgu Wan Muzik ni merupakan Cikgu Wan Blogger Gila..


Nak Tahu kesahihannya, Sila TERJAH blog Cikgu Wan Blogger Gila nie, dan anda akan tahu samada Cikgu Wan Blogger Gila atau anda yang Gila bila pergi blog dia...


Header Blog Cikgu Wan Blogger Gila baru tukar tuu beb....
Amacam, ada rasa-rasa dah nak sambut bulan Ramadhan dah kan??

Cunndaa memang Kamceng dengan Cikgu Wan Blogger Gila ni dah lama dah, semenjak kami mula-mula berjinak dalam bidang blog lagi..
Masa tu Cikgu Wan Blogger Gila datang shout kat tempat Cunndaa dan Cunndaa dengan lenggang lenggok ala-ala cat walk pergi terjah blog Cikgu Wan Blogger Gila dengan kelajuan yang semaksimum pantas.

Ingat lagi detik-detik perkenalan, bibit-bibit perhubungan (ceewahhhh) antara Cunndaa dengan Cikgu Wan Blogger Gila ni. Kami sama-sama nak tikam nombor follower yang cantik.. Cunndaa nak jadi follower yang ke-500 blog Cikgu Wan Blogger Gila ni, tapi terlajak perahu yang dah tak boleh nak u-turn...
Samala jugak dengan Cikgu Wan Blogger Gila ni, nak tikam nombor cantikk kat follower Cunndaa tapi terlepas jugak...

Hari ke Hari cunndaa dan Cikgu Wan Blogger Gila makin rapat, selalu bertembung time blogjoging, blogwalking,blogdreaming dan blogchating..
Dimana-mana aje ade je si Cikgu Wan Blogger Gila ni...

INI BERMAKNA, BELIAU SEORANG BLOGGER YANG AKTIF.

Mana kenyataan yang mengatakan Cikgu Wan Muzik ni sebagai Cikgu Wan Blogger GILA??
Yang tu cunndaa tak boleh nak bagi Definisi yang tepat..
Cikgu Wan Blogger Gila Seks....???

PENDAPAT CUNNDAA :
"Perkongsian Tentang gambar-gambar yang berunsur 18sx di blog CIKGU WAN BLOGGER GILA tak semestinya Cikgu Wan Blogger Gila SEKS. "

Blogger lain yang datang terjah ke  Blog Cikgu Wan Blogger Gila dan skodeng gambar-gambar tersebut, print dan duk tilik sampai naik stim tu yang GILA SEKS agaknya....

By the way, Cunndaa kenal Wife Cikgu Wan Blogger Gila nie..
so, Cikgu Wan, jangan macam-macam dengan blogger lain ye...
Kang repot kat bini kang....kekekeee...

Sekian dahulu entry Cunndaa mengenai Cikgu Wan Blogger Gila nie..
Diulang....
Titik



Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

19

Aku Juga Punya Hati dan Perasaan

Salam Semua..

Kalaulah Benda yang tak bernyawa ni semua punyai perasaan dan boleh bercakap, 
korang rasa.... 
Agak-agaknya apalah diorang akan membebel kat TUAN dia ye...?

Jum Layan entry Cunndaa yang separuh merepek ni..
Hanya rekaan semata-mata..

LAPTOP

ROKOK

TV

 HANDFON

 KERETA
"klik picture diatas untuk ke blog MAN SUKA @ KERETA"

 MOTOR


Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

27

Spontaneous Thursday # 1 | Ape Perasaan Korang ??

Apa perasaan korang kalau gurl/ boy yang anda tak kenal mesej cakap RINDU and SAYANG kat Boyfren/Gurlfren korang?

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

23

Durian oh Durian...

Salam semua,
Cunndaa jamu mata anda semua dengan durian... 
Sila pejam mata rapat-rapat kepada bukan penggemar durian dan buka mata luas-luas kepada hantu durian..

Sekarang kat Kelantan masih lagi dengan musim Durian, Raja segala buah..
Memandangkan semalam cunndaa makan pulut durian, terasa nak buat entry pasal durian pulak..

Minta maaf kepada yang tidak suka durian, anda boleh skip entry ni laju-laju okey..
Cepat pi tenung picture cunndaa kat sebelah...motippp la sangat...
Yelah daripada duk tenung durian kat sini, anda semua boleh muntah hijau...Tapi manalah tahu kalau tenung durian kat sini lama-lama, yang tak suka boleh terjatuh hati dan terus balik kerja pergi borong durian.

Macam-macam kita boleh buat dengan durian ni, boleh buat tempoyak, buat pengat durian, pulut durian dan pelbagai lagi. 
Nak hantuk durian kat kepala je cunndaa tak bagi, bukan durian yang terbelah, tapi kepala dalim semua yang pecah dua..


Cunndaa nak jamu mata dalim semua..
Jum layan picture cunndaa..
Semua gambar ni cunndaa godek-godek daripada GOOGLE..

*******
*******
*******
*******
*******
*******
*******
*******
*******
*******
*********
********
*******
******
*****
****
***
**
*

Durian boleh dimakan begitu saja.....

Pengat Durian.

Dimakan dengan Santan yang telah dicampur dengan sedikit garam halus dan campurkan dengan sedikit gula pasir.

Tempoyak Durian....

-Cunndaa suka sangat-

Durian dicampurkan dengan budu, asam limau dan cili..

Untuk dimakan bersama dengan nasi.

-cunndaa tak makan budu-

Gulai Tempoyak Ikan Patin...

 Aiskrim perisa durian..
Picture aiskrim tu cunndaa ambil daripada seorang blogger apabila cunndaa godek-godek sambil menggedik kat google.
Blogger yang cunndaa maksudkan tu ialah akak HANAFZUAN.
Pelbagai resepi anda boleh belajar daripada blog beliau.
Pertama kali singgah di blog akak Hana, Hati dah terpaut dengan aiskrim coklat chip..
Nak cuba buat aiskrim tu berdasarkan resepi yang beliau bagi..
Terima Kasih sudi  baca entry cunndaa dan sudi singgah blog cunndaa ^^

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

32

Worldless Wednesday # 5| Struktur Rumah Yang Pelik dan Unik












sumber :  pakcik google yang macho

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

7

Worldless Wednesday # 4| Banner Cerita Cunndaa ^^

=======
=======
=======
=======
=======
=======
=======
=======
=======
=========
=======
======
=====
====
===
==
=




Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

19

Header | Special for Besday Gurl

Hari demi hari, mood nak berbloging dah kurang..
Cunndaa tak tahu kenapa.
Semoga mood ni tak berterusan, risau jugak takut ade yang rindu...
cececeee...bajet ade orang nak rindu kunun...

Sebelum ni, cunndaa ada bagi doodle dekat seorang blogger baru, 
Rupanya besday dia...
Hepy Belated besday dear..
Sempena Besday Gurl, cunndaa createkan Header yang very simple untuk beliau.
Hope beliau shukerr la dengan header ni..


Beliau yang cunndaa maksudkan tu adalah NINA...
Jum support blogger baru..
KLIK SINI untuk mengintai Nina ommey nie..

Mood bw : suam-suam kuku

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

17

Nuffnang

Salam to all of you...

Kenapa bila cunndaa sign in nuffnang, 

nuffnang cunndaa macam nie..?


Cunndaa je ker jadi macam nie...
Dah 3 hari jadi its works !
adessshhhh

Nak cek BE..

Mesti BE dah jadi ME 
hurm...

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

26

Coconut Shake Chocolate Chip





Jum, cunndaa bawa dalim semua pi pekena cocunut shake ni..

Pelbagai aiskrim yang boleh pilih.

Sangat best...

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TENKIU DAUN KELADI, JEMPUT DATANG LAGI
PUSH >