13

Kelebihan Bulan Ramadhan | Doa Mustajab



Ramadhan datang lagi. Kehadiran bulan yang mulia ini dinantikan oleh semua hamba ALLAH swt. Semoga kehadiran Ramadhan Tahun ini memberi kita semua satu rahmat  dan berkat. 
Selamat Beribadat dalam bulan Ramadhan kepada semua Ummat Islam. 

Apa yang kita sudah ketahui, Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak Kelebihan. Selain daripada menahan lapar dan dahaga, kita juga mesti berpuasa anggota. 

Di bulan yang mulia ini, Pintu syurga dibuka dan pintu Neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bahawa ALLAH swt itu mengasihani hambaNYA yang taat beribadat dan menurut segala PerintahNYA.

Di bulan Ramadhan, Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum daripada kasturi disisi ALLAH. 
Begitu besar nikmat yang diberi oleh ALLAH swt kepada hambaNYA.

Di dalam menunaikan ibadat puasa, kita mestilah banyakkan amalan murni seperti bersabar, merendah diri, tidak meninggikan suara ketika bercakap dan elakkan daripada membuat perkara-perkara yang dikeji ALLAH swt.

Pada bulan Ramadhan, syaitan diikat supaya Ummat Islam dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan sekiranya kita lalai.

Pada Bulan Ramadhan adanya Malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan. Hamba ALLAH yang beribadat pada malam Lailatul Qadar diampunkan dosa-dosa mereka.

Sebelum berbuka puasa, berdoalah terlebih dahulu kerana doa orang yang berpuasa sebelum berbuka adalah mustajab.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT PUASA DI BULAN RAMADHAN KEPADA SEMUA UMMAT ISLAM.

sumber : bulanislam


Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

13 Orang Komen:

Anisa Hang Tuah said...

salam ramadhan
:)

liyana shamsuddin said...

selamat menyambut bulan Ramadhan ye kak..sama2 la kita tmbahkan amal ibadat untuk bulan yang mulia ni..

caliph shuriken said...

nice sharing..
salam ramadhan & selamat berpuasa cunndaa ^^

Wanie said...

selamat berpuasa cunndaa :)

lala shaheila said...

Selamat menyambut bulan ramadan cunndaa :)

wan_cikgumuzik said...

kelebihan berpuasa... lebih makan kot.. ngee... selamat berpuasa cunndaa.. :P

alif haris said...

selamat menyambut ramadhan kak cundaa :)
puasa penuh tawu ..
err boleh ke ?? hahaha

Si Pengembara said...

Amin..InsyaAllahh... rase rindu sungguh dengan ramadhan yang bakal menjelang nii..

Asyila Zainuddin said...

selamat berpust berpuase jugak ye.. :)

Abang Stalker said...

:) slmt berpuasa cunndaa.bykkn amal ibadat dibulan puasa ni k.insyaAllah..sme2 la kita.

sofyan gurinci said...

selamat berbuka puasa ya ukhti...hehe

sofyan gurinci said...

selamat berpuasa n berbuka puasa ya ukhti...hehehe

shida'R said...

salam ramadhan dan selamat menjalani ibadah berpuasa pada cunnda ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TENKIU DAUN KELADI, JEMPUT DATANG LAGI
PUSH >