23

Gambar Perkahwinan Nabil Raja Lawak & Nazira Ayub


Dengan 2 kali lafaz, Ahmad Nabil bin Ahmad, 28 atau lebih dikenali dengan Nabil Raja Lawak telah sah bergelar suami kepada pasangannya iaitu Nazirah Binti Ayub, 23. Majlid akad nikah beliau berlangsung di Masjid Tuanku Zainal  Abidin Putrajaya pada jam 5.16 petang tadi.
Pernikahan mereka dilangsungkan oleh jurunikah merangkap pembantu imam Masjid Besar Putrajaya, Ustaz Muhd Redza Bin Ahmad dengan mas kahwin berjumlah RM300 beserta wang hantaran berjumlah RM 15,000.

 




Zira kelihatan sangat menawan... 
jika berbanding dengan Memey yang berkahwin ala-ala gereja yang langsung tiada doa selamat... 
malah nyanyian lagu-lagu versi ala-ala gereja yang berkumandang...sumber

TAHNIAH UNTUK NABIL DAN ZIRA
credit picture Nabil dan Zira: Oh Bulan

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

16

Pengorbanan seorang Ibu


Kasih Ibu tetap dihati
Ku bawa setiap kali kaki melangkah pergi..
Walau kemana destinasi
Pesanan ibu kupahat kukuh dihati.

Kerana ibu ku berjaya sampai ke sini..

Pengorbanan ibu terlalu hebat
Sehingga ku rasakan ku tak terdaya untuk membalas semuanya
Tapi ku tetap berusaha untuk menjagamu hingga ke hari tua
Seperti dirimu mendidikku hingga dewasa
Menjadi insan yang berguna...

Terima Kasih diatas segalanya..

Pengorbananmu ku junjung tinggi.
Kasih sayangmu tersemat di hati..

Engkau Ratu dalam hati
Permaisuri di jiwa.


                                                                   with luv
-cunndaa-

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

48

Konvokesyen di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

wif encik boipren sebelum masuk Dewan.

 Terima Ijazah daripada Pro Canselor


My Family with Family Encik Azareey Zahar


UKM di hatiku..







With blogger dari kiri, Misssuqi aka my besfren, cunndaa and Cik Yana di UKM.


Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

26

Masa Cemburukan Kita



Salam semua..
Ini hanyalah entry pendek semata-mata..
Jadi, jangan cepat pening kepala untuk baca ayat yang panjang berjela
Sila baca sambil senyum saja
Anda ceria, saya juga bahagia..

Seribu kemaafan cunndaa pohon kepada semua pengunjung yang datang kesini
Andai jejak Anda tak terbalas oleh cunndaa, mintak halalkan jejak itu..
Kadang kala kita juga terlepas pandang,
Kekangan masa juga tak ketinggalan
Bila dikejar dengan kesibukan.

Bukan sengaja
Bukan juga rambang mata
Ampun Maaf dipinta
Nanti cunndaa free,
cunndaa jejaki anda hari-hari..

 Salam Kemaafan Kepada Semua... Salam Sayang juga..

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

27

Gambar Pra-Perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza | Gaun Pengantin Memey Suhaiza








Lokasi : FRIM Kuala Lumpur
Kredit picture to Iezla Bridal House

Manakala Gaun Pengantin Memey Suhaiza pula akan dipamerkan di Muzium Negara.


Gaun itu dipamerkan dengan bertujuan untuk tatapan generasi akan datang kerana mempunyai keistimewaan dari sudut pembuatannya. Gaun tersebut direka khas oleh pereka terkemuka Vera Wang. Sentuhan Vera Wang dalam menampilkan gaun, sut dan kasut perkahwinan yang bertatahkan Mutiara Rafflesia.

Perkahwinan mereka berlangsung di Kampung Memey Suhaiza di FELDA Tenggaroh, Johor pada 24 September dan majlis resepsi pula akan diadakan pada 28 September bertempat di Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur.

Keeeelaaaassss kau Memey.. tak sia-sia rampas laki orang..kehkehkeh
Semoga Bahagia Hendaknya..

Ramai orang tak suka Memey nie... yer ker?? Cunndaa...?? cunndaa suka suam-suam kuku je.. ahakss

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

23

Penjelasan Mamat Tentang Gambar Fida Buka Tudung



“Saya mengakui itu adalah salah saya tetapi sejujurnya saya tidak berniat untuk mengaibkan nama baik Fida pada mata masyarakat. Dia adalah seorang gadis yang baik". Jelas Mamat bekas Anggota Bujang Sepah.


Menurutnya, semasa gambar tersebut diambil, dia tidak perasan sebahagian rambut kekasihnya itu terdedah kerana tidak memakai cermin mata ketika itu.
wahhh gitu alasan si MAMAT ni... TIDAK PERASAN RAMBUT FIDA KERANA TAK PAKAI CERMIN MATA...Habis tu, duk dating tu tak perasan jugak keee??? 


“Semasa kejadian Fida di dalam kereta dan secara spontan saya mengambil gambar tersebut tanpa menyedari sebahagian rambutnya terdedah tambahan pula saya tidak memakai cermin mata.
spontan ke?? sakan posing dan mamat dengan rileks nye shoot tu, itukah namanya spontan?


“Tanpa berfikir panjang saya terus memuat naik gambar tersebut di laman Facebook milik saya,” jelasnya.


“Saya sangat berharap perkara ini tidak melarat kerana takut orang akan mengatakan saya telah mengubah Fida melakukan perkara tidak baik sejak berkawan dengan saya.
katanya.

MORAL : Janganlah bertudung semata-mata hanya mengikut trend... 

Aurat tetap aurat..
Niat tidak mengHALALkan cara.

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

17

Doodle Lelaki Untuk Blogger

Salam semua..

Doodle lelaki yang kacak ala-ala menunggu someone ni special untuk adik Adik Alif Haris..
Adik Alif ni merupakan pengomen tegar di blog Cunndaa..
Jadi sebagai tanda penghargaan, cunndaa createkan doodle ala-ala comot ni untuk beliau.
Nak lukis ensem-ensem tak reti sangat.. Tangan keras, macam ni jelah jadinya.


Terima Kasih kepada Adik Alif dan rakan-rakan yang lain, Abang Man, Abang Teror, Abang Stalker, Abang Khairil Mai Dari BendangCaliph, Jijah, Shida, Yana, Sis Ulan, Cha, Harrazdani, Kak Mimi Tahap Seratos, Kak Puteri, HatikubaikAfzal, Hanif,   dan lain-lain yang banyak bagi sokongan, nasihat serta datang up traffic kat blog cunndaa tak kira cuaca samada ribut petir, angin kencang, panas terik mahupun hujan. 
Anda semua tetap sudi datang berkunjung..


Terima Kasih semua atas persahabatan di alam maya ini..
Walau pun kita belum pernah bersua, tapi kita rapat macam kita sering berjumpa..
Itulah uniknya erti persahabatan jika kita ikhlas memberi dan menerima.

Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa,
Orang tulis kita baca, itu biasa,
Orang tulis kita komen, yang tu kita suka..

Bila BW, terjah menerjah itu pasti,
Untuk mengeratkan silaturrahim antara kami,
Kalau suka blog ni, silalah datang lagi,
Jangan baca je, dropla komen sekali..

Terima Kasih Nuffnang bagi BE ke-14.

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

34

Nuffnang Bagi Hadiah Sempena Konvo | Buffered Earning (BE)

Salam semua, 


Sangat tak sangka dan sedikit teruja, dalam keadaan tunggang langgang,  update blog pun jarang-jarang, blogwalking pulak kadang-kadang je kerana buat-buat busy.. Tetapi Abang Nuffnang tetap bagi hadiah kepada cunndaa, maybe Nuffnang bagi sempena cunndaa akan konvo kot...


Baiknye hati abang Nuffnang nie....
Mana tak baiknye, sekali bagi sampai 3.... 


Mesti korang dah tahu kan apa yang Nuffnang bagi kat cunndaa.. opkos la yang semua duk kepoh-kepoh dan tunggu-tunggu tu.... Apa lagi kalau Bukan BE... BE tu bukan bermaksud "Berani Engkau...." BE tu bendanya Buffering Earning... 


Terima Kasih Abang dan Kakak Nuffnang kerana Sudi bagi BE kepada Cunndaa..
BE ni dah berjalan dua tiga hari dah, disebabkan dah 3 hari buat-buat lupa password blog sampai tak log in, memang tersengih sampai ke telinga la hari ni bila dapat 3 BE.


Sebelum buat essay 1050 patah perkataan, cunndaa stop kat sini jelah dulu...
Nanti kalau nengok  ade iklan kat blog cunndaa ni, 
RINGAN-RINGANKAN LA TULANG TU KLIK IKLAN NUFFNANG CUNNDAA YE..



Sayang korang semua.. Muuaahhh seketul soram..

BE ke 11, 12 dan 13 is running..... 

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

8

Gambar Perkahwinan Azad Jasmin & Eira Syazira


SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA PELAKON AZAD JASMIN DAN PASANGAN,  EIRA SYAZIRA..

SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT.





Comel dan sepadan..
Credit picture to G.i Photoshoot

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

25

Kebersihan Tandas Awam

Kemudahan tandas awam bertujuan untuk memudahkan orang awam yang sentiasa memerlukannya. 
Namun, tahap kebersihan tandas awas berada pada tahap yang kurang memuaskan.


Siapakah yang harus dipersalahkan??


 Adakah Penjaga Tandas Awam?
Ataupun Pengguna??
Kesimpulannya, Kebersihan Tandas Awam adalah Tanggungjawab kita bersama.




Tandas Yang Bersih
Kita pun akan selesa =)


Marilah kita sama-sama menjaga Tandas Awam untuk kepentingan bersama.

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

17

Tahan Nafas dan Terus Lemas

Cunndaa memang automatik akan lemas dan tahan nafas bila berada dalam keadaan dan situasi berikut :


BERSIN TAK TUTUP MULUT

Tengah syok bersembang,
Tiba-tiba orang yang dihadapan kita BERSIN..
Paling tak tahan kalau dia BERSIN TAK TUTUP MULUT...
grrrrrrrr... tersembur you..


BAU BADAN 

Kempis perut buat tahan nafas dalam situasi macam nie..
Cunndaa memang alah dengan bau badan..
Lemas..




BAU KENTUT
Owh sangat melampau kalau kentut ditempat yang ada aircond..
Kalau kentut dipasar malam boleh tahan jugak..kehkehkeh..
Kentut ditempat awam yang disekelilingnya orang yang tidak dikenali..
Sangat melampau dah tuu...



ASAP ROKOK

Cunndaa akan lemas dan kurang selesa jika tepi, kiri kanan duk menghidu asap rokok.
Saja buat-buat kipas dan tutup hidung, 
Alahai si lelaki boleh saja senyum bila kami yang alahan dengan asap rokok ni buat gaya bebas tutup hidung, jeling-jeling sikit, bulatkan mata sebesar mata kucing.... grrrrr...


Korang pulak macam mana
Apabila berada dalam salah satu situasi diatas?

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

15

Doodle berbaju kurung Pahang | Selamat Kembali ke Universiti

Dah lama tak conteng-conteng....
Tangan dah keras...hukhukhuk

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

21

Budi Bahasa, Budaya Kita

Berjalan lenggang-lenggang  kangkung sambil control sopan sikit,
Mata tu tak lepas intai sana intai sini..
Sambil mengintai jawatan kosong, sempat juga kuintai mamat ensem...
Tapi ensem ke? biasa je.....

Langkahku berhenti bila melihat
JAWATAN KOSONG, PEKERJA DIPERLUKAN SEGERA.
Pucuk dicita ulam mendatang..

Ku betul-betulkan sedikit tudungku yang semestinya sudah cun..(terperasan sekejap)
Ku betulkan juga baju kurungku walhal sudah elok.
Senyuman yang agak menggoda ku lemparkan kepada Lelaki itu..

Gadis cun : Assalamualaikum Encik


Lelaki itu : Waalaikumussalam Puan


Gadis cun : (Agak kurang ajar disitu kerana menggelarkan aku Puan, cissss) 


senyum simpul sahaja ku lemparkan. Mengikut poster yang saya baca, disini ada jawatan kosong...bla..bla..bla..

Lelaki itu : (Angguk kepala)

Gadis cun : Berapa gaji yang ditawarkan?

Lelaki itu : owh, gajinya RM****.

Gadis cun : Bia betul mamat ni, tak kan kerja senang macam ni je dapat gaji sebanyak tu.....(dalam hati),  Masuk kerja pukul berapa?

Lelaki itu : Kalau shif pagi, datang pukul 8am-3-pm, Kalau shif petang 3pm-10pm.

Gadis cun : Cuti pulak macam mana?

Lelaki itu : Cuti mengikut jadual Puan.

Gadis cun : Kalau macam tu, bila saya boleh mula kerja?

Lelaki itu : Puan tak payah la datang bekerja, kerana semalam saya dah terima pekerja baru...

Gadis cun : Yeke? ok, Terima Kasih ye. (dalam hati rasa nak terbakarrrr....)

 MORAL : Kalau dah ada pekerja baru, elok Buang aje poster tu...
Sikap berterus terang tu penting, jangan bagi harapan pada orang..
Budi Bahasa, Budaya Kita
P/S : Tiada kaitan dengan cunndaa

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

10

Senyum itu satu sedekah

Senyum Manja :
Senyuman yang menggoda jiwa
Senyum Tawar :
Senyuman  tanpa rasa, tanpa makna
Senyum Meleret :
Senyum yang mempunyai pelbagai cerita yang digambarkan dan diluahkan.
Senyum Kucing :
Senyuman yang mempunyai muslihat ataupun helah.
Senyum Kambing: 
Senyuman yang dibuat-buat...
Senyum yang tak ikhlas.
 MORAL : Pelbagai jenis senyuman yang diperlihatkan

Amalkanlah dengan memberi Senyuman yang ikhlas kepada orang lain

kerana senyuman itu satu sedekah...



Senyum...senyum...senyum....tak perlu kata apa-apa..

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

21

Tips Maintainkan traffic blog


1. Tak blogwalking, blogjongging, blogspeeding selama 2 minggu

2. Tak post entry selama 2 minggu juga

3. Kerana mood kelaut, langsung tak log in blog.

4. Tak gatal-gatal tangan klik blog kawan2 yang ping entry kat pelbagai group FB.

5. Kesimpulannya : Tak update blog selama 2 minggu

itu sahaja tips daripada cunndaa untuk maintankan traffic blog cunndaa... 
Kepada dalim semua, jangan mengada-ngada tak nak update blog ye... 
Kerana hasilnya sangat tak lumayan...

Traffic blog sangat maintain kerana kurang pengunjung.... =(

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TENKIU DAUN KELADI, JEMPUT DATANG LAGI
PUSH >