9

SOLAT ISTIKHARAH


Dalam Islam, sebelum membuat sebarang keputusan, kita dicadangkan menunaikan solat Istikharah. Solat ini bagi memohon petunjuk dari Allah dalam membuat sesuatu keputusanIstikharah bermaksud 'meminta Allah mengilhamkan sesuatu dalam sesuatu urusan' adalah senjata terbaik untuk membuat pilihan yang tepat.


Solat Istikharah yang dilakukan bukan sahaja  membabitkan pemilihan bakal pasangan, tetapi memohon petunjuk Allah dalam perkara-perkara lain. Solat Istikharah juga membantu kita  memohon petunjuk mengenai perkara yang menimbulkan keraguan dalam membuat sesuatu penentuan atau pilihan dan semoga Allah menunjukkan keputusan yang terbaik. 

Cara melakukan solat Istikharah adalah seperti berikut :


1. Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar jam 2 pagi). Bagaimanapun, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang diharuskan solat contohnya selepas Maghrib.

2. Niatnya 'Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta'ala.'

3. Dalam rakaat pertama selepas surah Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

4. Dalam rakaat kedua selepas surah Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

5. Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan bismillah dan selawat dahulu).

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadMu akan limpah kurniaan-Mu yang besar. 

Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib.

Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan...............) adalah bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya. 

Dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya."(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).

Pesanan :Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai solat istikharah ini dengan bertanya orang yang arif seperti ustaz atau membaca buku yang berkaitan.

sumber : metro ( bimbingan kaunseling remaja)



Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

9 Orang Komen:

Pendamba Mawar said...

nice sharing kak..:)

fiQ'Ra said...

kak cunndaa, trima kasih brkongsi.. kak cunndaa, betul ke orang kata kalau sebelum nak nikah, kena buat solat istiqarah? sebab mas tak buat lagi.. rasanya mcm dah yakin dengan afiq.. urmmmm

cunndaa said...

@fiQ'Ra Kalau kita ragu-ragu dengan sesuatu perkara, ALLAH lah pilihan tepat untuk kita rujuk dan mintak petunjuk dariNYA dengan membuat solat istikharah..

kalau kita yakin, berdoalah agar afiq adalah jodoh mas dan dekatkan lah hatinya dengan hati mas dan mintak ALLAH swt jauhkan daripada perkara2 yang tidak diingini..

shida'R said...

nice sharing dear :)

Ummi Hanie said...

salam ,

slalu kes kena solat istikharah ni bile nk kawen...betul tak ?? ;)

SeseDaP RaSa said...

alhamdulillah.. nak try buat.. :-)

cunndaa said...

@Ummi Hanie itu salah satu.

tapi bukan itu sahaja, solat istikharah ni kita buat untuk memohon petunjuk daripada ALLAH dalam perkara-perkara lain.

Nur Haslinda said...

tengs for sharing (: nak mintak petunjuk pape, solat istikharah tu penting kan. insyaAllah segala yg bakal berlaku akan mendapat keberkatan.

apek poyo said...

alhamdulillah..sesekali mengingatkan sesama kita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TENKIU DAUN KELADI, JEMPUT DATANG LAGI
PUSH >