14

OMBAK RINDU


Filem Ombak Rindu adalah di adaptasikan daripada novel OMBAK RINDU hasil karya Fauziah Ashari.

Novel ini mengisahkan seorang gadis yang bernama Izzah (Maya Karin) merupakan seorang anak yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah?

 Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?



Cunndaa belum lagi tengok citer ni, tapi ramai yang mengatakan novel lagi best daripada cerita yang di filemkan.. Ombak Rindu merupakan novel pertama yang cunndaa beli masa form 3 rasanya...dah berkulat novel tu sebab selalu sangat baca.. setiap kali baca, mesti meleleh air mata.. law tengok kat pawagam kena sediakan tisu banyak-banyak nampak gayanya...

Sapa nak tengok citer ni dengan cunndaa? Jum.....

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

14 Orang Komen:

Anisa Hang Tuah said...

ingat lagi novel tu pemes mase saya form 1..2001/2002 mcm tu lah

Adylia Qarissa said...

nak tengok tapi tak berkesempatan lagi :(

suichi said...

best ke best ke?? teringin gak nak tengok

Cik Azizah said...

cundaaa! nak ikut tengok sama2!! memang layan habis novel ni berulang2 kali baca. filem lom sempat tengok lagi. hehe

tieykah said...

Bila novel diadaptasi jadi filem or drama,memang Aaron Aziz yg jd Hero.HAHA.nmpak sgt Aaron jer yg kacak

cunndaa said...

@Anisa Hang Tuah : novel tu dah lama kan..tp masih segar dalam ingatan..hehee

cunndaa said...

@Adylia Qarissa : sama la kak..cunda pun belum ada masa yg sesuai

cunndaa said...

@Cik Azizah :jijahhhh...jum...besnye andai dapat tgk ngn jijah kan..

cunndaa said...

@tieykah : hahahaaa..boleh jadi jugak tu..sgt setuju ngn statmen tu..kikiki

Aida Omar said...

jom cundaa kita pi tgk :P hehe..citer nie best kot..

nurmujahidah said...

muja tumpang copy cunda punye sinopsis bleh tak? t muja backlink,, bagi kebenaran kat shoutbox k,, muja backlink gune huruf the largest untuk cunda,, kalau tak bagi tk pe,, hehe :D muja follow :D

Anak Wak Mail said...

ramai betul orang nak tengok cite ni rasanya..

Liyana Zahim said...

sy bce novel ni sjk dri kecik lg.. mse tu form 4 lau tak silap.. sbb novel pes die taun 2003..

nazirah said...

eh eh da tgOk la cite ni hee best kan ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TENKIU DAUN KELADI, JEMPUT DATANG LAGI
PUSH >