7

Gambar Perkahwinan Zahiril Adzim & Shera Aiyob | Puisi Cinta Zahiril Adzim & Shera Aiyob









Puisi Cinta yang datang dari hati Zahiril Adzim khas buat isteri tercinta, Shera Aiyob.

Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan, 
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala

Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku. 


kredit picture to : ShutterClick Photography 

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

7 Orang Komen:

EnciK AxixOu said...

untungla pompuan 2 dpt suami yng romantik..ngeee

Cik Azizah said...

cantik kan..sweet sgt mereka berdua.. moga jodoh mereka berkekalan :)

Abg Stalker said...

siap puisi..mmg x tahannn~:)

fiQ'Ra said...

aduhai, tersentuh baca puisi zahiril untuk wife dia...

Korean Style Online said...

Nice blog that you have and good writing, also diorang memang nampak sepadan nampak mcm pinang d belah 2..huhuh..continue and keep up a good work, sesekali boleh lepak kat blog saya korean clothing online / korean fashion online. have a nice day...

Dina Ifhami said...

wah , romantik nyee ;)

shida'R said...

2-2 comel n kalo shida pun akan mngis kalo suami ade bt smthg special mcm zahiril :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TENKIU DAUN KELADI, JEMPUT DATANG LAGI
PUSH >