Entry Diary Online versi Luahan Hati
Tahniah....
Saya sudah memaafkan anda walaupun anda telah :
1. melukakan hati saya.
2. memalukan saya dihadapan orang.
3. merendah-rendahkan kemampuan saya.
4. Dan sebagainya.
Saya akui saya salah, tetapi saya belajar daripada kesalahan.
Setiap hari saya akan buat yang terbaik daripada semalam.
Hari ni, saya telah berjaya dalam test yang saya ambil tu...
Dan awak bertugas di bahagian tersebut.
Dengan Rasa Rendah diri, Saya minta maaf dengan awak atas semua kesalahan.
Walaupun kesalahan saya kecil jika nak dibandingkan dengan cacian awak.
dan tiba-tiba awak tepuk bahu saya..
Awak wish gud luck untuk saya..
Air Mata terus menitik...
Saya rasa sebak...
Membuatkan saya terfikir,
"Bila kita berjaya, baru orang akan respect kita,
tapi semasa kita gagal, kita diperlekehkan"
Ingatlah, Proses Pembelajaran sememangnya begitu...
Adakala kita mudah untuk faham, adakala kita praktikkan beberapa kali baru kita akan faham
Sekarang, saya sudah berasa lega kerana saya sudah minta maaf dengan awak dan saya telah memaafkan awak atas semua kekhilafan awak.
Saya harap awak berubah dan belajar daripada kesilapan awak..
Semoga selepas ni, tiada lagi insan yang awak merendah-rendahkan martabat dan kebolehannya..
Semoga awak di redhaiNYA.
Awak = pakcik yang sudah berumur lebih kurang 50tahun.
Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua