19

Kad Raya | Ucapan Raya Special daripada Cunndaa


Jum kita berbalas pantun raya...oyeahh...

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

32

Popia Mini Yang Ranggup

Salam semua..

Menjelang Syawal, kita tak boleh lari daripada kuih raya kan.
Pelbagai kuih yang akan kita sediakan dan juga yang kita tempah.

Popia Mini ni adalah perniagaan mama cunndaa sejak 10 tahun yang lalu.
Mama ibu tunggal, jadi mama menceburi perniagaan ni.

Setakat ni, Alhamdulillah..
Mendapat sambutan yang baik.

Dah dapat jawapan lah ye kenapa cunndaa jarang online sekarang nie..
Cunndaa tolong mama buat popia ni..

Petang pulak, kalau mood rajin cunndaa pergi tolong makcik menjual juadah untuk berbuka puasa..
Pergi la tayang muka kat gerai makcik tu, 
konon-konon cepat laku sikit bila cunndaa ada..kehkehkeh

So, kalau cunndaa lewat balas jejak darling semua, jangan marah ye..

 Ni popia mini yang telah di packing
1 plastik = Setengkah kilogram.

Gambar kat bawah ni, tempahan yang dah siap.
Sempat lagi cunndaa snap picture..

Ni makcik Cunndaa yang tempah..
Cikgu-cikgu kat sekolah tempat dia mengajar yang order..
Tak cukup kotak time ni, tibai plastik pulak.

Banyak lagi tempahan yang belum siap...
Sorang baru tempah dah banyak macam tu..
Kalau 50 orang yang tempah
Memang kematu jari-jari runcing nie.. =)

Semoga Kita semua dimurahkan Rezeki yang Halal.


Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

22

Doodle Pink Cute

Salam Ramadhan kepada semua..
Ni doodle pink special untuk KECHIK.
hope Kechik suka dengan doodle pink yang sangat simple ni.


Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

25

Kad Raya Doodles

Yeahhh....dapat kad Raya doodle..
Terima kasih sayangku Suzaini CM bagi kad raya cumel lagi kiut miut ni..

Ni Kad Raya first cunndaa dapat tahun nie..
Bunyi je motor posmen, terus senyum lebar..
Padahal time tu belum tahu arah tuju Mr Posmen..

Cumel kan...




Siap tulis nama Cunndaa ngn Mr. A lagi...
kekeke..

Salam Aidilfitri kepada semua..
Maaf Zahir Batin jika ada salah silap..

Sape nak bagi kad raya lagi..
Pat..pat...
dialu-alukan..hahahaa

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

20

Cerita Main Best


Agak-agak la wei nak search keyword "cerita main best" di bulan Ramadhan ni.
Hope orang yang search ni bukan orang Islam.

Keyword ni setiap hari ada orang search..
Walawehhhh...

Dulu cunndaa pernah buat enrtry "AWAK, JUM KITA MAIN, BEST woo..."
tu "main" lain yang cunndaa ajak korang main sama-sama tu... 

yang diorang duk search tu, main ape ntah la..
gasing ke, mercun ke, bunga api ke, ataupun main auww chakk gamoknye.
lepas je publishkan entry tu, asyik ada je keyword "main-main" ni melekat...

Budak tadika belum reti nk search semua ni..
Abang-abang, kakak-kakak tadika punya kerja la ni duk search yang bukan-bukan nie..

Dalim-dalim semua yang datang blog cunndaa ni tak search yang bukan-bukan kan?
Semoga kita semua mendapat Rahmat ALLAH swt.

Ramai betul orang yang dok search pasal DOODLE kan...

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

24

Tutorial Mewarna Doodle | Doodle Couple for Lisa

Salam,
Minta maaf kepada semua yang bertanya macam mana nak warnakan doodle ni, kerana cunndaa agak lambat sedikit nak buat tutorial ni. Kekangan masa yang tersangatlah konon-kononnya busy mengalahkan tok penghulu kampung..


Ok, Sila fokus... (bajet susah, padahal senang je..)


Disebabkan busy tahap duaratus...kalah blog kakmimi tahap seratus tu..hehee.. 
Cunndaa tak sempat nk explain terus kat picture tu macam tutorial sebelum ni..
Cunndaa explain kat bawah ye...
Hope dalim semua boleh faham nanti. InsyaALLAH.


1. Klik Layer 1
2. Pilih warna yang bersesuaian mengikut citarasa anda.
(contoh warna akan terhasil pada coloum pink yang ada anak panah tu)
*coloum pink tu cunndaa yang buat, 
nanti kan ade pulak yang tanya kenapa dia takde coloum pink..heheheee*

CARA MEWARNA PERTAMA
1. Klik AirBrush
2. Pilih saiz samada nak brush tu besar atau kecik
3. Warnakan pada bahagian yang anda inginkan dengan mouse anda sampai siap ..
* Cara ni memang lambat sikit *

CARA MEWARNA KEDUA

1. Klik Bucket

2. Warna yang telah dipilih tadi untuk diwarnakan.

3. Klik pada bahagian tudung tersebut.
(Kalau nk warnakan pada bahagian lain, klik dalam bahagian yang anda inginkan ye)

Anda pilihlah cara mana yang anda inginkan..
GOOD LUCK SEMUA.

boleh la tunjukkan hasil kepada cunndaa dan kepada semua..


Oke, yang ni pulak doodle couple request daripada Cik Lisa Cumel.



Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

21

Doodle Couple



Malu untuk ungkap kan cinta
Segan untuk katakan sayang

Oh, Lamanya Sekejap...
Rupanya Sekejap pun boleh jadi Lama..


Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

30

Tutorial Melukis Doodle Bertudung

Salam semua,

Kali ni jum kita belajar macam mana cara melukis doodle bertudung dengan menggunakan Paint Tool Sai yang anda semua dah install tu.

Kepada sesiapa yang terlepas tutorial pertama cunndaa, KLIK SINI untuk belajar. Second tutorial ni, kita terus stat pada bahagian muka oke dalim.

Semua dah pandai macam mana nak lukis bentuk muka, kening dan drop kiri kanan, atas, bawah kan..
Kepada yang belum tahu, sila terjah tutorial pertama cunndaa ye, dan anda boleh belajar kat sana. 


TUTORIAL BERMULA

UPDATE : RUJUK TUTORIAL 1 JIKA ANDA TAK JUMPA SIMBOL PEN.











Tunggu Tutorial Mewarna daripada cunndaa pulak ye Dalim semua.

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

31

Worldless Wednesday # 9 | Contoh Surat Memohon Cuti



Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

33

Doodle Raya Bertudung | Apakah itu Senggugut

Salam semua..
Cunndaa kurang sihat sedikit. Mood nak blogwalking pun dah kelaut.
Apa yang cunndaa nak kongsikan kat sini adalah info Senggugut..

Apakah Senggugut?
Senggugut adalah penyakit yang melanda kaum hawa semasa period. Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang dialami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.


Apakah yang menyebabkan Dismenorea?
Kamu mungkin mula mengalami senggugut sekitar 6 hingga 12 bulan selepas bermulanya period kamu yang pertama. Untuk sesetengah gadis lain, mereka mungkin mula mengalaminya apabila mereka berumur 20 atau 30. Kesakitan dismenorea ini adalah disebabkan pengecutan atau pergerakan kuat otot-otot uterus. Dismenorea mungkin menjadi disemenorea primer atau sekunder bergantung kepada penyebabnya.



Info : KOTEX


Doodle Kat bawah ni adalah doodle Raya Cunndaa..



Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

47

Tutorial Melukis Doodle

Salam Pertengahan Ramadhan kepada semua Ummat Islam.

Sekarang musim doodle agaknya, rata-rata blog ada doodle tak kira lah doodle yang dilukis sendiri, atau hadiah daripada blogger lain ataupun sebab menang segmen. Yang pasti doodle tu semua comel dan cute.

Kali ni cunndaa buat tutorial untuk melukis doodle. Kepada sesiapa yang berminat nak melukis doodle, bolehlah mempelajarinya.

Cunndaa melukis doodle menggunakan PAINT TOOL SAI. Jadi dalim semua bolehlah DOWNLOAD Paint Tool Sai tu di GOOGLE ye.. Pergi godek-godek google ye adik kakak abang sayang sekalian.

Cunndaa harap dalim semua boleh faham dengan First Tutorial melukis doodle menggunakan Paint Tool Sai daripada cunndaa nie.. Andai tak faham jugak, jangan segan silu tanya cunndaa ye..

OK, Tutorial bermula... 

Gambar 1

Gambar 2

UPDATE
Sori3.cunndaa terlepas pandang step ni.
1.  Klik pada simbol pen.
dan akan keluar satu layer baru.
Gambar 3

Gambar 4

Gambar 5
Gambar 6

Gambar 7

Gambar 8

Gambar 9

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh tanya cunndaa ye..

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

14

Kelebihan Membaca Al-Quran Kalamullah


"Perumpamaan Orang Mukmin yang membaca Al-Quran, adalah seperti bunga utrujjah, baunya harum dan rasanya lazat,

orang Mukmin yang tidak membaca Al-Quran, adalah seperti buah kurma, baunya tidak begitu harum, tapi manis rasanya,

 Orang Munafiq yang membaca Al-Quran ibarat sekuntum bunga, berbau harum, tetapi pahit rasanya,

 dan Orang Munafiq yang tidak membaca Al-Quran, ia tak ubah seperti buah hanzalah, tidak berbau dan rasanya pahit sekali." 

(HR Bukhari)


Sumber : Tazkirah

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

26

ADAB KETIKA MENDENGAR AZAN



Semua orang akan merasai Kematian kerana Kematian itu pasti menjelma.Cuma kita tidak tahu bila Tarikhnya, bila Waktunya dan Dimana tempatnya kerana Ajal Maut adalah Rahsia ALLAH swt.


Cuba kita renungkan, Kenapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa? lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan iaitu kesakitan 'SAKARATUL MAUT'. 

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."



Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.


Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan mendiamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?


Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dengan izinNya menjanjikan syurga untuk mereka..

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. 

Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.." 


Marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini kita semua tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

44

Kualiti Blog atau Kuantiti Follower

cunndaa print screen kat blog seseorang tadi... terkelu

Nampak tak aper yang cunndaa underline tu??
ade jugak orang gunakan nama ALLAH hanya untuk follower..

FOLLOW SAYA, SAYA FOLLOW AWAK BALIK... DGN NAMA ALLAH.

Dah la suruh orang follow dia dulu...
nak gelak rasanya...

Kalau dia tak follow balik, berdosa la dia kan...
tapi kenapa guna nama ALLAH untuk perkara seremeh ni..

Kisah u follow i, i follow u ni tak pernah habis dalam dunia blogger kan.
Dulu cunndaa pernah buat entry pasal kisah follow memollow ni

Ada jugak blogger yang shout 
"SAYA FOLLOW ANDA, JGN LUPA FOLLOW BALIK TAW"
tapi haraaaammmm, 
cakap nak lebat je, kencing nak kuning je..
Bulan-bulan puasa pun ade nak tipu-tipu..

Penting ke follower ribu-riban kalau blog kita sunyi je tak ada pembaca?
Pembaca penting ke?
or 
Jumlah bilangan follower yang penting??

Kenapa perlu menilai kuantiti daripada kualiti?

Kalau ada sesiapa yang terasa dengan entry cunndaa,cunndaa mintak maaf, entry ni bukan untuk merendah-rendahkan sesiapa. Masing-masing ada style tersendiri.
Tapi perlu di ingat, 
Dalam berblog, kita jangan pentingkan apa yang kita suka je..
Tapi penting kan apa blogger lain suka dan tak suka jugak..

Kalau anda ade style anda...
Orang lain pun ada..

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

32

Single itu tak laku?

SINGLE tak semestinya TAK LAKU
SINGLE tak semestinya TAK ADA ORANG NAK
SINGLE tak semestinya TAK CANTIK
SINGLE tak semestinya JUAL MAHAL


Kalau Saya Single, Agak-agak ade orang nak ngorat tak? 



Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

20

Doodle Perempuan Bertudung untuk Follower Bertuah


Salam semua..
Selamat Menjalani Ibadah Puasa...
Baru 11 hari berpuasa, tapi main mercun dah sakan dah...

Entry cunndaa nie special untuk follower bertuah cunndaa..
2603..
Kenapa cunndaa pilih nombor tu??


2603 (26 Mac) adalah hari ulang tahun kelahiran cunndaa..
Jadi cunndaa nak ucapkan terima kasih kepada adik Anys kerana sudi follow belog akak.

Sebagai tanda penghargaan, 
Akak lukis doodle untuk Anys @ miss lolipop nie..
Doodle akak selekeh je, hope Anys sudi ambil ye..

Sekarang akak difahamkan line slow kat kolej tu, 
So, bila dah online boleh la datang amek dan godek-godek entry akak kalau dah terlepas ye..


P/s : semoga Anys sudi terima doodle nie..


Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

14

Kemaafan Dendam Terindah

Entry Diary Online versi Luahan Hati

Tahniah....
Saya sudah memaafkan anda walaupun anda telah :

1. melukakan hati saya.
2. memalukan saya dihadapan orang.
3. merendah-rendahkan kemampuan saya.
4. Dan sebagainya.

Saya akui saya salah, tetapi saya belajar daripada kesalahan.
Setiap hari saya akan buat yang terbaik daripada semalam.

Hari ni, saya telah berjaya dalam test yang saya ambil tu...
Dan awak bertugas di bahagian tersebut.

Dengan Rasa Rendah diri, Saya minta maaf dengan awak atas semua kesalahan.
Walaupun kesalahan saya kecil jika nak dibandingkan dengan cacian awak.
dan tiba-tiba awak tepuk bahu saya..
Awak wish gud luck untuk saya..
Air Mata terus menitik...
Saya rasa sebak...


Membuatkan saya terfikir, 
"Bila kita berjaya, baru orang akan respect kita, 
tapi semasa kita gagal, kita diperlekehkan"


Ingatlah, Proses Pembelajaran sememangnya begitu...
Adakala kita mudah untuk faham, adakala kita praktikkan beberapa kali baru kita akan faham

Sekarang, saya sudah berasa lega kerana saya sudah minta maaf dengan awak dan saya telah memaafkan awak atas semua kekhilafan awak.

Saya harap awak berubah dan belajar daripada kesilapan awak..

Semoga selepas ni, tiada lagi insan yang awak merendah-rendahkan martabat dan kebolehannya..
Semoga awak di redhaiNYA.


Awak = pakcik yang sudah berumur lebih kurang 50tahun.

Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

22

Kisah Bazar Ramadhan | Doodle Bertudung

Salam Ramadhan semua.

Bila petang je mesti semua orang tak terlepas untuk menyinggah di Bazar Ramadhan kan?

Cunndaa kurang gemar pergi Bazar Ramadhan sebab Bazar kat Bandar cunndaa ni ramai sangat orang..
Nak berjalan pun susah..
Semerbak bau tak payah cerita lah.
Bau lauk pauk yang mencucuk hidung lagi
Tapi bau manusia lebih mengatasi bauan lauk pauk...

Paling tak suka bila beli lauk pauk yang dah basi..
Jangan harap nak pergi tunjuk muka kat gerai tu lagi 
walaupun anak dia Hensem kot..kehkehkeh

Kalau pergi awal best...
Sebab tak de orang sangat..

Perlu diingat,
Bersederhanalah ketika membeli juadah untuk berbuka puasa.

Memang la bila perut lapar, 
semua makanan nampak sedap..
Semua makanan nak dibelinya..
Tapi last-last sekali membazir...

Tak baik membazir.
Beli lah apa yang dirasakan perlu.
Beli lah mengikut keperluan isi rumah,
bukan mengikut kehendak hati.

Paprik Ikan Keli kat Bazar Ramadhan tu besss wooo..
Apa juadah KESUKAAN anda yang selalu anda beli di Bazar Ramadhan?


Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

24

Cerita Cunndaa





Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

29

RAGAM BILA PERTAMA KALI BERPUASA DI BULAN RAMADHAN | Zaman Kanak-Kanak

Zaman kanak-kanak penuh dengan warna warni..
Rindu pada zaman itu..

Pada zaman kanak-kanak kita semua sudah diasuh untuk Berpuasa oleh ibubapa kita.
Semua orang ada kenangan yang tersendiri semasa pertama kali untuk berpuasa.

Kali ni cunndaa kongsikan ragam semasa zaman kanak-kanak dahulu.

PUASA SEPARUH HARI

MENCIPTA PELBAGAI ALASAN UNTUK BERBUKA PUASA

CURI-CURI MAKAN 


KERAP MANDI BILA TEKAK HAUS AKIBAT CUACA PANAS

SUKA TIDUR DIWAKTU TENGAHARI ATAU PETANG

TERLUPA BAHAWA SEDANG BERPUASA

ASYIK TENGOK JAM SEBAB DAH TAK SABAR UNTUK BERBUKA PUASA

Masa Tadika, zaman kanak-kanak Ribena ade la jugak cunndaa macam tu..kekekee
TAPI
Umur 7 Tahun cunndaa dah puasa penuh... 


Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

7

PERLU KE KOMEN ENTRY YANG JOIN SEGMEN KITA | SEGMEN CIKGUMUZIK

-Klik Banner if nak join-

Segmen ni dianjurkan oleh CikguWanMuzik. Cunndaa memang tertarik dengan Segmen ni kerana pelbagai pendapat antara blogger yang kita boleh kongsikan bersama pada Satu Persoalan iaitu 
"PERLU KE KOMEN ENTRY YANG JOIN SEGMEN ?"


Jawapan Cunndaa : PERLU


Kenapa Cunndaa mengatakan PERLU?
Kerana bagi cunndaa, tak salah sekiranya sambil membaca entry yang join segmen kita tu dan kita drop komen sepatah dua. 
Bukannya penganjur segmen komen macam tulis essay SPM..
juz say "thanks" pun dah kira ok dah.


Oh macam tu yer, Kalau yang join segmen kita tu sampai 100 blogger keatas, perlu jugak ker?
Tetap perlu, sambil menyelam minum air, sambil terjah sambil komen.
Tak salah kan, dia dah susah payah sampai berpeluh ketiak perah idea semata-mata nak join segmen kita, tetiba kita pandang sebelah mata je kat entry dia..
Dia dah support segmen kita, so say thanks pun dah kira oke..


Sila baca laju-laju ayat dalam banner segmen ni...
"PERLU KOMEN ENTRY YANG JOIN SEGMEN" 
so, dats why jawapan cunndaa PERLU. kekekeee...jgn marah CikguWan

Kesimpulannya : PERLU..

thats all. tenkiu cekguwan sebab buat segmen ni... 


Pakai Baju Warna Ceria, Sudilah KOMEN sepatah dua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TENKIU DAUN KELADI, JEMPUT DATANG LAGI
PUSH >